Monday 7 March 2016

Bila Zara Faleesya Tiba-Tiba Demam

Assalamualaikum w.b.t.. Zara Faleesya memang dah lama tak demam.. Kalau ada pun sekadar berair hidung sebab berjangkit dengan kawan-kawan di nursery tetapi badan tak panas.. Tapi semalam, tak de angin tak de ribut, tiba-tiba badan dia panas dan suhu mencecah ke 39.2.. Masa tu mula nampak dia tak aktif.. Merengek dan nak tdo je.. Aik! Paginye ok je, tibe-tibe lepas tidur tengahari, terus demam.. Cuak jugak kan.. Nasib baik semalam Papanya ini cuti untuk spend masa dengan dua anak ni.. Kalau kat nursery, bergantung kepada pengasuh la..

So terus bagi ubat supaya turunkan suhu.. Dalam masa yang sama, letak kain basah atas kepala, belakang badan, bawah ketiak dan tempat-tempat yang biasa la.. Nasib baik suhu turun balik dan nampak dia aktif semula.. Tapi bila malam, badan terus panas balik.. Bagi ubat dan dia tidur.. Kalau anak demam, memang tidur malam kami tak lena.. Risau suhu naik mendadak.. So bila cukup masa, badan pun panas balik, terus bagi ubat lagi.. Jadi hari ni, yang sepatutnya kerja, terpaksa la salah seorang minta cuti.. Kalau hari ni, Papa, esok Mama nya pulak..

Nasib orang bekerja atau lebih khususnya mama papa bekerja.. Kena la bergilir macam tu.. Tak sanggup nak hantar ke nursery kalau dalam keadaan macam tu kan.. Hope hari ni Zara akan ok sepenuhnya.. Amin..


3 comments:

  1. Risaukan bila anak dh demam... Ya Salam Ya Fattah, semoga zara cepat sembuh...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.