Sunday 20 March 2016

Bukan Denggi

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Dah selesai jumpa doktor.. Yang positifnya, bukan denggi.. Alhamdulillah.. Boleh la fly pergi KL malam ni walaupun tak mengemas satu benda pun lagi.. Risau la sebab demam kali kedua back to back walaupun antibiotik sebelum ni habis kan.. Simptom yang sama.. Nak makan pun jadi tak de selera di buatnya.. Sampai sekarang ni pun belum makan lagi ni.. Teringin nak makan ala-ala sup gitu.. Mana la nak cari ni..


Sepatutnya hari ni ialah hari Papa habiskan masa dengan anak-anak.. Tak perlu pergi nursery.. Tapi terpaksa la hantar Zara dan Adam ke nursery sebab Papa tak larat.. Nasib baik anak-anak ok setakat ni.. Demam mereka tidak berulang.. Risau jugak kan kalau nak tinggal mereka kalau demam sebab Mama dia pun baru nak ok dari demam.. So complete la satu keluarga demam kali ni.. Sakit badan tu yang tak tahan.. Lenguh-lenguh.. Lepas tu sakit kepala lagi.. Dan sakit tekak.. Adoi.. Harap ok la lepas makan ubat..

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.