Thursday 24 March 2016

Calon Top 5 ABPBH 29 Yang Sangat Mengarut !

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam rasanya dah diumumkan senarai calon Top 5 untuk ABPBH 29 bagi tahun 2015 ni.. Masa tengok pencalonan awal, rasanya macam ada la lagi logiknya.. Banyak nama besar dan popular yang mungkin akan terisi untuk ke Top 5.. Pada mulanya tengok bila ada beberapa kategori utama digabungkan antara wanita dan lelaki, rasa macam tak lain macam.. Tapi bila munculnya calon Top 5 ni, rasa macam lagi mengarut.. Kalau satu dua kategori, boleh la dterima.. Tapi kalau boleh dikatakan semua, hahaha je la.. Hehe.. 

Ini hanyalah pendapat peribadi.. Biasalah kalau bermain dengan undian peminat, semua ni sebenarnya tidak mustahil tapi logiknya tu kadang-kadang tak de la lari jauh sangat.. By the way, siapa-siapa yang berminat untuk tengok calon Top 5 ABPBH 29 ni, boleh tengok di bawah :


Artis Baharu Lelaki Popular - Mana nama besar macam Hafiz Roshdi, Syamil AF dan lain-lain pelakon or penyanyi? Artis Baharu Wanita Popular - Siapa Falisha Crossley? Nana Sheme pun ada? Errrmmm.. Tak pe la, kategori artis baru, biasala muka baru..


Pelakon Filem Lelaki Popular - Ok la, tapi mana nama besar yang lain macam Aaron Aziz, Zizan Razak dan lain-lain kan? Peminat ramai rasanya.. Pelakon Filem Wanita Popular - Emma Maembong filem apa ek? Fathia Latiff?? Nur Risteena? Alahai.. 


Pelakon TV Lelaki Popular - Ok la berbanding dengan kategori lain di atas.. Orang lama macam Faizal Hussein pun terselit.. Pelakon TV Wanita Popular - Emma ok la.. Fathia pun ok la.. Elizad pun ok.. Saleha.. Dua kategori nampak.. Ramai betul peminat dia.. Erma Fatima tiba-tiba muncul!


Penyanyi Lelaki Popular - Ir Radzi? Syed Shamim? Adoi.. Kategori Lelaki Popular kot.. Malas nak komen panjang.. Hehe.. Penyanyi Wanita Popular - Munculnya Aishah Aziz dan Eleena Harris, sangat errrrmmmmmmm.. Hehe..


Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular - Ok la rasanya kan? Artis Komedi Popular - 4 lelaki dan 1 wanita.. Yang wanita Zulin Aziz? Memang dia ada nama tapi mana hilangnya pemenang tahun lepas, Didie Alias? Jihan Muse pun tak de kot..!


Artis Versatil Popular - Kategori baru.. Calon-calon memang ada nama.. Siapa-siapa la masuk pun sebab rasanya kategori ni tak akan wujud lama.. Pengacara TV Popular - Wak Doyok wei.. Haha.. Hazlin Hussein ok la.. Izreen Azminda? Satu program je kot.. Mana Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang ada pengacara Gegar Vaganza yang kebaboom tu..? Fara Fauzara pun hilang..


Penyampai Radio Popular - Ini pun lucu.. Korang tengok la sendiri.. 

Apa-apa pun, ini memang pilihan peminat mereka.. Eraz cumalah pemerhati.. Tak de buat undian pun.. Pernah berlaku mengikut ramalan ramai, kumpulan peminat sangat giat mengundi di akhbar untuk artis mereka.. Disebabkan kena memilih 5 orang dalam ramai-ramai calon, mereka akan pangkah artis mereka dan empat artis lain lagi mesti pilih dikalangan yang tidak berapa popular untuk mengurakan jumlah undian.. Sebab tu senarai calon top 5 jadi huru hara.. Sekali lagi, ini hanyalah pendapat peribadi, korang mesti ada pendapat korang kan.. Wassalam..

2 comments:

  1. memang lain macam je tgk senarai semua tu.Biarlah yang penting..Fida tak tengok pun..better layan drama korea dan cina tv 8..hahaha

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.