Wednesday 23 March 2016

The Manhattan FISH MARKET | Kota Bharu


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, baru ni sempat dan berpeluang bawa wife, Zara dan Adam ke The Manhattan FISH MARKET yang ada di KB Mall.. Baru je buka lagi.. Satu-satunya The Manhattan FISH MARKET di Kelantan.. Pernah try juga semasa di KL tetapi lain rasanya sebab bersama kawan-kawan kan.. Tapi kali ni dengan family pula.. Memang masa datang tu tak plan nak makan apa, so bila sampai sana, baru study menu apa yang best dan sedap mata memandang.. Banyak juga nampaknya yang menarik.. Tapi gambar-gambar di bawah ni ialah hasil apa yang kami order.. 

Untuk Papa

Untuk Mama

Untuk Zara

Kongsi Bersama

Kalau sampai bab air, memang macam ni la kami.. Memang tempah satu sahaja.. Wife memang tak suka sangat air manis atau berkarbohidrat atau sewaktu dengannya la.. Air suam je la air dia.. Zara pun sama, order air suam tapi dalam masa yang sama, kongsi dengan papa la air apa yang special kan.. Adam? Anda kecik lagi.. Tak order apa-apa.. Tapi suap mana yang boleh.. Alhamdulillah hari tu Zara makan dengan elok macam sebelum-sebelum ni.. Takde minta nak turun dari Baby Chair tu.. Adam pun sama.. Tapi bila ada anak sebesar Adam, memang makan bergilir tu pasti la.. Adam tak berapa nak selesa duduk dalam Baby Chair lagi.. Sekejap boleh la..

Ok bab makanan.. Jujurnya semua yang ditempah ni habis.. Kami kongsi-kongsi la rasa semua kan.. Kalau tak membazir dan rugi la kan.. Semua boleh dikatakan fresh dan sedap.. Kena la dengan citarasa kami.. Kalau nak dibandingkan harga dengan makan di kedai biasa yang lain, kira macam berbaloi la.. Bayangkan kalau bayar harga makan dengan harga yang ditetapkan tapi dapat makanan yang tak best dan tak habis.. Rasa macam rugi giler kan.. But hari tu, alhamdulillah..

Masa datang tu, orang tak ramai sangat.. So memang dapat tempat yang selesa la untuk anak-anak dan isteri.. Layanan pekerja The Manhattan FISH MARKET? Alhamdulillah.. Tiada masalah.. So boleh ulang datang..

3 comments:

  1. wah.. lama dah dkna tak g kb mall..rasa makin banyak kedai baru kat sana.. blk kg pun jarang sekali, memang tak sempat nak jejalan la.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.