Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 11 March 2016

Adam Fitri Pula Panas Badan

Assalamualaikum w.b.t.. Selepas Kakak Icha (panggilan manja untuk Zara Faleesya) demam tiba-tiba baru ni, alhamdulillah, bermula dua hari lepas, Zara dah tak perlu makan ubat.. Sebab demamnya dah ok.. Kalau memang risau la bila nak pergi kerja dan kena hantar ke nursery kan.. Terpaksa kami bergilir minta cuti demi anak.. Tapi tiba-tiba semalam, Adam Fitri pula yang panas badan.. Masa hantar ke nursery pagi semalam, ok-ok je.. Tapi bila wife ambil Adam petang semalam, badan dah suam-suam panas.. So sampai rumah je, terus bagi ubat untuk kali pertama..


Lepas pada tu, Adam tidur.. Mungkin nak rehat kan badan.. Bangun je lepas Maghrib, bagi susu, kasi makan, mandi kan dia sikit sebab nak bagi suhu panas tu turun dan dia aktif bermain.. Alhamduilllah.. Badan masih suam-suam lagi.. Lepas main apa semua tu, Adam tidur lagi sekali.. Masa dia tengah syok-syok tidur, panas pulak badan nya..Terus angkat dan bagi ubat.. Hope hari ni dia dan ok la sebab kami kena ke Terengganu pulak ni.. Tak lena tidur bila anak demam!

1 comment:

  1. bila anak2 tak sihat automatik mak ayahnya kan tak senang duduk

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.