Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 11 March 2016

Sebab TAC Maybank, Terus Harga Tiket AirAsia Naik!

Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum mula cerita, positifnya, alhamdulillah selesai dapatkan tiket untuk diri sendiri dan ibu dari KB - KL dan KL - KB.. Kira sekarang tak perlu fikir pasal tiket flight lagi.. Tinggal tunggu masa nak pergi je.. Kali ni ke KL dengan urusan kerja dan urusan family.. Sebab tu pergi dengan ibu.. Dalam kepala ada juga fikir nak drive je ke KL tapi lepas fikir dan bincang, tangguh dulu drive sebab fikirkan keselamatan.. Insyaallah harapnya flight ini berjalan lancar tanpa delay ke apa.. Selalu kalau urusan kerja, naik MAS, tapi kali ni kita try naik AirAsia sebab pilihan masa tu banyak sikit..


Sedia maklum, tiket air asia ni, kalau lambat beli, lambat laun harga akan naik sikit demi sedikit kan.. Lagi awal kita beli, lagi murah la kita dapat.. Jadi tadi bila dah decide tarikh, terus online kat web air asia.. Errmmm.. Tiket KBR - KUL nampaknya dah RM 200 ++ masa tu.. KUL - KBR masih ok lagi la.. Takpe la, kalau tak beli sekarang, harga makin naik kan.. Ok! Tempah.. Terus isi itu ini then sampai lah ke ruangan bayaran.. Kali ni guna Maybank.. Sampailah masa kat sahkan bayaran, request TAC.. Sekali tekan, tak sampai pun message.. Back, tekan lagi TAC.. Aik! Tak sampai lagi.. Sampai la tekan, back sampai 5 kali.. Tak sampai-sampai.. Tapi lepas 10 minit ke 15 minit, baru sampai satu per satu.. Masa tu cuba key-in, dah failed.. Adoi.. Kena la isi balik..


Yang frustnya, bila isi balik, tiket KBR - KUL dah naik!! Aik!! Baru je tak lepas 2, 3 minit lagi.. Dah RM 300 ++.. Alahai.. Di sebabkan masalah TAC yang tak sampai tepat pada masa, dah rugi berpuluh-puluh ringgit.. Frust la sikit tapi redha je la.. Tak boleh nak buat apa lagi..Kalau salah diri sendiri, tak de la ralat sangat.. Tapi sebab sistem, frust tu tetap ada.. Harga naik tak naik, kena juga beli.. So try sekali lagi dan masa tiba TAC, ok-ok la pulak dia sampai.. Adoi..

3 comments:

  1. sabar la ye.. atleast smp juga ke tahap nk mbyar. Ty ni nk tgok harga pun tak dapat.

    ReplyDelete
  2. Skrg ni org tgh sibuk dengan free seating kan...tu yg masalah sikit...Sally guna Big prepaid kalau nak buat transaction dgn AirAsia...dapat point byk sikit..hihi

    ReplyDelete
  3. sabo sabo sabo.. hehehe...org tgh ramai mbeli tu.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.