Thursday 3 March 2016

Dia Semanis Honey

Dia Semanis Honey | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya Michael Ang akan keluar dengan drama arahan terbaru dia selepas tamatnya drama Isteri vs Tunang lakonan Scha Al-Yahya, Hisyam Hamid dan Sharifah Sakinah.. Drama seterusnya ialah Dia Semanis Honey.. Juga dari adaptasi novel tulisan Dila Dyna.. Kalau tanya Eraz, memang confirm jawapan tak pernah baca novel ni.. Bukannya pernah baca novel dari dulu lagi kecuali Harry Potter.. Haha.. Tapi selepas Michael annouce di twitter dia, tertanya-tanya juga, siapa pelakon drama Dia Semanis Honey ni kan.. Orang sama macam sebelum-sebelum ni ke? Maksudnya geng Michael Ang la.. Tapi hasilnya :

Dia Semanis Honey

Pelakon Utama Drama Dia Semanis Madu

Alif Satar
Siti Nordiana
Hairul Azreen

Nampaknya ianya nama yang tidak pernah digabungkan sebelum ni.. Juga rasanya tak pernah atau jarang nampak dalam produksi arahan Michael Ang.. Yang paling penting dan tak sangka, Siti Nordiana.. Nana pernah maklumkan dalam satu akhbar yang dia terima tawaran untuk berlakon dalam satu drama.. Tak sangka la pulak drama tu ialah drama Dia Semanis Honey arah Michang Ang ni kan.. Mesti ramai yang tunggu juga kemunculan Siti Nordiana sebab dah lama dia tak berlakon kan.. Dia pun aktif balik dalam industri ni lepas menang Gegar Vaganza 2015 kan..

Ok! Di facebook sudah ada satu page drama Dia Semanis Honey ni.. Klik SINI untuk LIKE.. Senang nak dapat maklumat tentang drama ini.. Drama ni masih dalam proses pengambaran sekarang.. Nampak Siti Nordiana dan pelakon-pelakon lain serta pengarahnya yang update di Instagram masing-masing..


No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.