Sunday 20 March 2016

AirAsia Memang Tiada Makluman Delayed Ke Sekarang?

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah diberikan kesihatan yang agak baik berbanding semalam.. Kalau dibandingkan semalam yang tak larat tu, hari ni memang better la.. Terus makan ubat ikut jadual supaya aktiviti esok dan seterusnya sehingga balik Kota Bharu tidak tergendala.. Punyalah risau terlambat naik flight tadi tapi bila sampai delayed rupanya.. Bukan selalunya AirAsia sms kepada penumpang ke kalau delayed? Ke sekarang tak? Ke Eraz ada tick apa-apa masa beli online baru ni? Kalau tahu delayed, takde la nak rushing sangat kan.. 


Perasaan bila nak berjauhan dengan anak ni memang tak boleh nak cakap.. Setiap kali pun akan sama je.. Nasib baik la juga sebab habiskan masa dengan kategori berharga tadi.. Takde la teringat sangat.. Zara dah ok sekarang.. Kalau dulu nak pergi nursery pagi-pagi, mesti ada babak menangis sekali sekala.. Tapi sekarang no more.. Adam Fitri ok setakat ni.. Apa-apa pun, semoga penerbangan malam ni selamat semuanya.. Harapnya tak delayed lagi..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.