Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 19 March 2016

Layan ICT Haji Pok Long, Pantai Teluk Ketapang

ICT Haji Pok Long, Pantai Teluk Ketapang | Assalamualaikum w.b.t.. Teringat-teringat lagi isi ketam dan udang celup baru ni.. Al-kisahnya biasa la kalau pergi Kuala Terengganu.. Kalau tak terjah sekejap di kedai makan seafood celup tepung ni, rasa macam tak sah.. Terutama sekali kalau dah tahu kualiti makanan di situ memang sedap kan.. So untuk kali ke berapa tak pasti, semasa ke Kuala Terengganu baru ni, sebelum bertolak balik ke Kota Bharu, singgah sekejap di kedai ICT Haji Pok Long, Pantai Teluk Ketapang.. Kawasan tu juga dikenali kawasan belakang airport Terengganu dan berhampiran pantai..

ICT Haji Pok Long, Pantai Teluk Ketapang
ICT Haji Pok Long, Pantai Teluk Ketapang

Jujurnya memang sedap.. Ketam yang besar tu walaupun harga boleh agak, tapi isi dia memang sangat sedap dan banyak.. Memang fresh.. Sama macam sotong.. Bila gigit rasa macam ala-ala kenyal atau mungkin rapuh, entah la, tapi memang sedap.. Ikan tu bukan favourite Eraz samada sedap atau tidak.. Itu wife punya.. Udang pula khas untuk Zara Faleesya yang memang sangat suka udang.. Alhamdulillah semua kami berjaya habiskan.. Memang rasa nak repeat datang semula la.. 

Sebelum pernah sampai dengan adik serta family sebab adik dulu pelajar UMT.. So dah dekat la dengan universiti kan.. Baru ni pula datang dengan rakan-rakan sepejabat berlainan cawangan.. Tempat yang sama juga.. Tapi kali ni tak lama la sebab kalau baca entri sebelum ni, Adam Fitri masa tu demam.. So kami singgah ala-ala macam buat alas perut la.. So, kalau siapa-siapa ke Terengganu, boleh la ke ICT Haji Pok Long, Pantai Teluk Ketapang ni.. Serius berbaloi..

2 comments:

  1. Wahhh, sedapnyaa.. semalam baru wawa pergi kedai Poknong..

    ReplyDelete
  2. sedapnya... tipah x tertipu coz kawan yg p trengganu ada citer pasal ict nih,.. klu x tau mesti ingat p lab komputer mana he he he...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.