Monday 29 February 2016

Apa Dah Jadi Dengan Anugerah MeleTOP ERA 2016 ?

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa tengok Anugerah MeleTOP ERA 2015? Dan siapa yang tengok Anugerah MeleTOP ERA 2016 ni? Korang rasa macam lagi best di layan dalam semua aspek? Pendapat Eraz sendiri untuk Anugerah MeleTOP ERA 2016 ni, MAAF, 2015 lagi best lagi 2016.. Kenapa? Banyak benda yang tak smooth.. Bermula dari pemilihan lagu-lagu antara artis yang membuat persembahan.. Keadaaan yang tidak ready untuk sesetengah penyampai anugerah.. Takde rehearsal ke? Bermula dengan persembahan pembukaan antara dari pemenang Gegar Vaganza 2015, Siti Nordiana.. Korang perasan tak persembahan dia? Pemilihan lagu yang salah kot.. Lepas tu bermula dengan penyampai anugerah pertama iaitu Izzue, Ayda dan Amira, nampak sangat macam tak de latihan kan.. Ke format baru? #PendapatPeribadi


Pengacara.. Sayangnya.. Tarikan utama nak tengok Anugerah MeleTOP ERA 2016 ni sebab ada Jihan Muse.. Teringat lagi betapa hebatnya dia menjadi pengacara untuk GV2015 dan APM2015 di Singapura yang lepas.. Tapi kenapa malam ni Jihan tenggelam..? Kenapa banyak pulak aksi menyindir Jihan? Dato' AC, Nabil dan Neelofa juga macam tak setenang dan sehebat tahun lepas.. Kalau yang tahun lepas, rasanya beberapa aksi mereka masih diingati.. Nabil dan Lofa cuba wujudkan antara yang berkesan tahun lepas iaitu Lofa belajar cakap N9 kepada Nabil belajar cakap Klate.. Tapi? Dah krik krik.. #PendapatPeribadi

Perlu ke wujud segmen 'miming' tu? Salah seorang yang membuat persembahan ialah Mark Adam.. Dia penyanyi kot.. Tapi sebab dia salah seorang calon Artis Lawak, sebab tu dia terpilih segmen tu kot.. Dato' Siti Nurhaliza, Ella antara yang terbaik.. Lagu dan persembahan yang mempunyai message.. Seperti biasa, Anugerah MeleTOP ERA 2016 menjadi salah satu anugerah yang meleret-leret dah.. Dan over run kot.. Sekarang di pukul 12, masih lagi Kumpulan membuat persembahan.. Hehe.. Maaf.. #PendapatPeribadi

Pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2016? Tak kisah pun.. Yang pasti malam Ayda Jebat dan Johan.. Ini hanyalah pendapat peribadi sahaja sebagai penonton Anugerah MeleTOP ERA 2016 ni kan.. Orang lain mungkin mempunyai pendapat berbeza kan.. Wassalam..

2 comments:

  1. yup...sy sokong..dan sy tgk smpy part mira filzah menang je n terus tukar cite korea...:')

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.