Friday 18 March 2016

Amal Letak Air Dalam Baldi Di Musim Panas Dalam Rumah


Assalamualaikum w.b.t.. Cuaca memang sangat panas kan sekarang ni.. Kalau berada di luar, memang boleh rasa kehangatan.. Kalau drive pun, bayangkan kalau aircond tak berapa nak ok, harus berpeluh.. Itu driving, kalau menunggang motosikal lagi la kan.. Tak dapat nak bayangkan bagaimana rasa mereka kan.. Apa-apa pun, kita amalkan yang positif, sama-sama kita buat sesuatu yang baik untuk kesihatan kita terutama dalam tempoh cuaca panas yang melanda sekarang ni.. Ok! Di whatsapp ada kawan-kawan forward kan tentang fenomena cuaca panas sekarang ni.. Cuba baca di bawah ni : 
Dear all, Akibat keadaan Equinox yang akan dtg dlm 3 hari lg kepada Malaysia. Sila tinggal di dalam rumah terutamanya dari 12:00-03:00 pm setiap hari. Suhu akan turun naik hingga 40 darjah Celsius. Ini boleh menyebabkan penyahhidratan dan strok matahari. (Ps: fenomena ini adalah disebabkan oleh matahari terletak secara langsung di atas garisan khatulistiwa.) Sila pastikan semua orang termasuk diri anda terhidrat. Setiap orang perlu mengambil kira-kira 3 liter air setiap hari. Pantau tekanan darah semua orang sekerap yang mungkin. Ramai yang mungkin mendapat strok haba. mandi dengan air sejuk sebagai sekerap yang mungkin.  
Kurangkan pengambilan daging dan lebihkan buah-buahan & sayur-sayuran. Strok haba adalah sangat berbahaya. Letakkan lilin yang tidak digunakan di luar kawasan rumah atau kawasan terdedah. Jika lilin boleh cair, ianya btul2 di tahap yg bahaya. Sentiasa letakkan baldi atau 2 air separuh penuh di ruang tamu & di setiap bilik untuk mengekalkan suhu kelembapan. strok haba tidak mempunyai gejala petunjuk, disebabkan itu ianya sgt berbahaya dan boleh menyebabkan kegagalan organ. Sentiasa periksa kadar lembapan bibir dan mata anda. STAY HEALTH .. 
Hati2 semua.....kemuncak equinox adalah pada 20/3/2016 hari Ahad ini 
Sumber : Whatsapp
Eraz pernah buat satu entri pasal Equinok Dan Cuaca Panas Di Malaysia ni.. Semua info tu dari FB Malaysian Meteorological Department.. Jadi memang betul la info tu kan.. Kalau baca-baca ayat di atas tu, rasanya benar apa yang tertulis.. Cadangan untuk letakkan air dalam baldi dan letak di ruang tamu dan bilik memang betul sebab ingin berikan sedikit kelembapan kepada semua penghuni kan.. Lain la kalau duduk dalam aircond kot.. Minum air ni memang sentiasa penting.. So macam ni, kalau rasa memang betul-betul panas dalam rumah, amalkan la mana yang patut supaya kita jauh dari perkara yang tidak baik.. So?! Sama-sama kita beringat dan ingat mengingati..

4 comments:

  1. singgah petang ~ http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam, Kehangatan panas yang tinggi sejak kebelakangan ini boleh dikurangkan juga dengan mengampai pakaian basuh dalam rumah.
    Alhamdulillah selain pakaian cepat kering, suhu dalam rumah menurun begitu ketara sekali.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.