Friday 3 July 2015

Promoter di Parkson KBTC


Assalamualaikum w.b.t.. Bukan nak salahkan promoter sebab selalunya kalau seorang je promote di bahagian tu, mesti yang sebelah boleh cover kan.. Tapi macamana pula kalau yang sebelah tu pun tiada juga? Siapa nak cover? Customer akan pergi terus ke bahagian yang dia perlu untuk dapatkan barangnya, tapi bila sampai, tiada orang.. Bahagian sebelah untuk membantu pun tiada.. Lama melilau kat bahagian tu tengok-tengok sendiri kot-kot faham, tiada pun yang datang membantu walaupun bukan bahagian dia..

Oklah, pergi solat Asar or toilet kot.. Pergi bahagian lain dulu la.. Lepas 20 minit turun lagi ke bahagian tadi.. Cuba melilau lagi.. Nak bertanya pun tak de langsung yang berhampiran.. Oklah, relax dulu.. Jom withdraw duit dan beli sesuatu kat Giant bawah.. Bereh! Naik la untuk kali terakhir.. Melilau baca apa yang perlu kot-kot faham.. Lagi sekali.. Eh! Mana la promoter ni pergi.. Alhamdulillah, seorang promoter lelaki ni datang mungkin sebab dah nampak 3 kali ke situ.. Bahagian dia jauh.. Tapi mungkin niat nak membantu walaupun dia tak tahu langsung pasal produk tu..

Diberitahunya promoter ni tiada hari ni.. Maybe cuti.. Kawan sebelah yang backup pun sama.. Tiada juga.. Cuti juga la kot.. Dia nak membantu pun tak dapat sebab tak pandai dan mahir sangat.. Ok.. So mana silap ni..? Memang tak salah promoter nak bercuti.. Mungkin emergency.. Dalam masa yang sama, promoter sebelah pun cuti.. Ok, mungkin juga emergency.. Tapi kenapa pengurusan tak letak at least sorang untuk membantu mana patut supaya pelanggan balik dengan tidak hampa? Rasanya boleh kot 'culik' seorang dari bahagian lain sebab ada je nampak lepak ramai-ramai..

So memang membazir masa keluar cepat-cepat dari office terus ke sana, sampai balik rumah dengan tangan kosong.. Sampai rumah dah pukul 7 hampir berbuka puasa dari keluar 4.30  lebih kot.. Diminta nya datang hari ni.. Lagi sekali nak redah jem ke sana? Hmmmmmmm.. Kawe fikir dulu la.. Mungkin perkara ni kecil dah hanya berlaku pada kita.. Kesian hanyalah pada kita.. Mungkin hanya seorang customer je rasa macam ni kot.. So pihak pengurus, pandai-pandai la.. Jangan berulang lagi kepada orang lain yang mungkin akan membuat sesuatu yang drastik.. Wassalam..

#Plan membeli barang untuk kesihatan wife dalam pantang, terbantut.. Kalau boleh faham ada yang ditulis, tahu kegunaan, boleh je belikan.. Tapi.. 


2 comments:

  1. ermmmm selalu juga kena macam tu,pengururs kena amik perhatian la kan huhuuu sian customer...dan rugi diaorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, diaorg yang rugi juga sebenarnya..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.