Sunday 14 February 2016

ABPBH 29 | Banyak Kategori Digabungkan & Artis Versatil Popular Diwujudkan


Assalamualaikum w.b.t.. Sedar tak sedar, tup tup dapat tahu tentang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 dah mula buka borang undian pencalonan awal.. Rasa macam baru je ABPBH 28 lepas, sekali dah muncul ABPBH 29 pula.. Harapan kali ni agar Jihan Muse dapat menang kategori Artis Komedi Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular.. Tapi lepas tengok-tengok kategori tahun ni, macam lain macam je.. Rupa-rupanya banyak kategori telah digabungkan.. Frust la pulak rase.. Pasti saingan untuk kategori yang digabungkan tu lebih sengit kan.. Tak semua digabungkan.. Ok.. Cuba tengok senarai kategori di bawah :

KATEGORI UTAMA ABPBH 29

ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR
ARTIS BAHARU WANITA POPULAR
ARTIS KOLABORASI / DUO / BERKUMPULAN POPULAR
ARTIS KOMEDI POPULAR
ARTIS VERSATIL POPULAR
PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
PELAKON FILEM WANITA POPULAR
PELAKON TV LELAKI POPULAR
PELAKON TV WANITA POPULAR
PENGACARA TV POPULAR
PENYAMPAI RADIO POPULAR
PENYANYI LELAKI POPULAR
PENYANYI WANITA POPULAR

Nampakkan kategori Artis Komedi, Pengacara TV dan Penyampai Radio telah digabungkan antara lelaki dan wanita.. Kategori Artis Baharu, Pelakon Filem, Pelakon TV dan Penyanyi masih diasingkan antara lelaki dan wanita.. Tapi dalam pada itu, ABPBH 29 mewujudkan satu kategori baru iaitu Artis Versatil Popular.. Kalau ditengokkan calon awal, semua tu tercalon dalam kategori yang lain.. Rasanya macam tak lama kot kategori Artis Versatil Popular ada.. Macam kategori Penghibur TV Popular yang lepas.. Apa-apa pun, Jihan Muse salah seorang yang tercalon untuk kategori Artis Versatil Popular ni.. Selain dari kategori utama, ada kategori online macam biasa.. Malas nak hurai sebab selalunya yang menang, tak akan menjadi tajuk utama pun.. Hehe.. Ini kategorinya :

KATEGORI ONLINE ABPBH 29

ARTIS PALING KONTROVESI
PASANGAN SELEBRITI ROMANTIS
ARTIS WANITA STAILO
ARTIS AKSI SELFIE POPULAR
ARTIS IKON #RESPEK POPULAR
ARTIS LELAKI STAILO
ARTIS TRENDING POPULAR
ARTIS YOUTUBE POPULAR
GANDINGAN SERASI DI LAYAR
PERSONALITI MEDIA SOSIAL POPULAR
PERSONALITI POPULAR

Apa-apa pun, ini baru pencalonan awal.. Ke Top 5 tak tahu siapa lagi.. Cuma harapkan Jihan Muse lepas semua kategori.. Haha.. 

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.