Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, 3 April 2016

Hot FM Hilang Seri?

Assalamualaikum w.b.t.. Hot FM hilang seri? Itu hanyalah pendapat peribadi.. Bermula dengan perletakan jawatan Fara Fauzana yang sinonim dengan Hot FM dari awal kemunculan radio Media Prima ni dan pertukaran beberapa DJ Hot FM ke radio stesen Media Prima yang baru, Kool FM.. Lagi rasanya macam 'hilang' bila masuknya DJ baru di slot pagi menggantikan Fafau dan AG.. Bila sekali buka Hot FM masa nak pergi kerja, dalam kepala berfikir, betul ke Hot FM ni.. Haha.. Sedia maklum Ajak Shiro kan kelahirkan Astro, secara tak langsung ingatkan itu radio ERA.. Hehe.. Gabungan mereka yang masih baru memang memerlukan sedikit masa untuk mendapat perhatian..


Mana Hot FM Kelate? Dah tak de ke? Kalau dulu Fizie yang bermula di slot petang Hot FM Kelate dan diserap ke AM Krew Hot FM, lepas tu ada lagi DJ Hot FM Kelate ditukarkan ke radio baru, Kool FM, sehinggalah sekarang, dah tak de kedengaran Hot FM Kelate.. Sayang juga rasa sebab selalu semasa balik kerja, duk lain radio Hot FM Kelate yang asal gandingan Fizie dan Farid, lepas tu tinggal Farid seorang.. Kini? 

Bagaimana Hot FM nak kekalkan jenamanya macam dulu? Hanya mereka yang tahu.. Ini hanyalah pendapat peribadi dari seorang pendengar setia dari dulu.. Bila ada berubahan di buat, memang rasa macam hilang serinya.. Mungkin hanya sementara tapi bila dalam masa sementara tu orang duk dengar je radio lain, mungkin boleh buat orang tu melekat terus di radio berkenaan kan.. Peace!

2 comments:

  1. dah lma xdgr hot fm..rsa mcm dah xbest..huhu..

    ReplyDelete
  2. Kurang sengat dah skrang kan..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.