Friday 16 January 2015

Kesian anak papa ..

Sumber : Google

Assalamualaikum w.b.t.. Malam semalam, Zara demam.. Bila bangun pagi tu, nampak macam ok sikit.. Bila tengahari, panas semula.. So bagi ubat.. Nampak ok, boleh main apa semua sampai la ke malam.. Bila tiba malam, badan dia panas balik.. Memang tak lepas dari kami basahkan tubuh dia, letakkan kain basah atas kepala, bawah belakang, celah ketiak.. Lepas bagi ubat.. Nampak pagi ni demam tu macam kebah lepas bagi ubat je..

So pagi-pagi lagi, terus bagi ubat.. Nasib baik mama Zara cuti hari ni, so Zara tak perlu la ke nursery ke apa.. Boleh Mama dia tengokkan.. Tapi Zara pulak tak nak dengan Mama.. So memang lewat lagi sekali la ke tempat kerja.. Last-last, pukul 8 lebih kot baru dia ok dan nak duduk dengan Mama.. Confirm-confirm lambat sampai office.. 

#Kul 9 baru muncul di office.. Aiyoooo... Tapi tak pe, janji anak ok.. Lagi risau kalau ke office, anak duk menangis je..

4 comments:

  1. zara jangkit demam kat taska ke?
    mikhail lak badan dedar2.. nak tumbuh gigi kot..mulut meleleh ..

    ReplyDelete
  2. semoga zara cepat sihat...anak papa zara nie ya :)

    ReplyDelete
  3. Cian si kecik zara. Get well soon dear..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.