Sunday 18 January 2015

Keputusan Anugerah Juara Lagu ( AJL ) 29

Keputusan Anugerah Juara Lagu ( AJL ) 29 | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya AJL 29 kali ni memang banyak lagu menarik.. Serius.. Setakat yang ditengok sekarang, persembahan pun memang semua bertenaga dan boleh dikatakan tiada yang 'kosong'.. Kalau ikutkan pilihan sendiri, memang ada pilihan Juara, Tempat kedua dan Tempat ketiga tersendiri.. Tapi al-maklum la bukan juri profesionalkan.. Hehe..

Rasa-rasanya Dayang Nurfaizah boleh sangkut kot.. Shila Amzah.. Hafiz.. Lagu Lelaki dan lain-lain la.. Semua boleh dikatakan ada harapan..

Harapnya Indah Ruhailah terselit sama dalam senarai pemenang.. Kalau dapat vokal terbaik pun ok.. Haha.. Perasan tak lampu yang tergantung masa persembahan Indah tu jatuh lepas dia melantun vokal kemuncak..? Sengaja atau tidak? Dua-dua boleh.. Kalau tak sengaja, memang timing terbaek! Kalau sengaja, memang simbolik memaparkan kekuatan vokal Indah sampai jatuh lampu kaca tu.. Masa lampu tu jatuhkan Indah baru selesai 'tarik' suara dan pandang ke situ.. Wallahualam.. 

Apa-apa pun, tunggu sajelah dulu Keputusan Anugerah Juara Lagu ( AJL ) 29 kejap nanti.. Adios amigos!

#Sini hujan.. Harapnya siaran tak tergendala.. Tengok tunggu persembahan Shila Amzah ni..

UPDATE :

Juara AJL29 : Apa Khabar - Joe Flizzow & Sonaone

Naib Juara : Masih Aku Cinta - Shila Amzah

Tempat Ke - 3 : Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah

Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah

Persembahan Terbaik : Mojo - Romancinta

4 comments:

  1. Tahniah semua..

    ReplyDelete
  2. Kurang berkenan dengan keputusan yang diberikan tapi apa pun persembahan apa khabar tu memang best, ada class & stylo!

    ReplyDelete
  3. Juri syok sendiri....keputusan tak menepati selera pendengar dan penggiat seni.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.