Monday 5 January 2015

Konsert Akhir Gegar Vaganza #GegarVaganza

Konsert Akhir Gegar Vaganza | Assalamualaikum w.b.t.. Eraz tengok Konsert Akhir Gegar Vaganza malam ni walaupun sebenarnya on off.. Persoalannya, kenapa Ifa Raziah tak menang??!! Hehe.. Just kidding.. Memang senarai pemenangnya memang terbaik di susun oleh pihak juri.. Maklum la ianya tidak dipengaruhi oleh SMS kan kecuali pemenang Persembahan Terbaik.. Sebab SMS, pemenangnya ialah Mamat Exist.. Tapi rasanya ada lagi persembahan orang lain lagi terbaik kot.. Tapi rezeki Mamat kan.. Tak boleh pertikaikan..

Berkaitan rapat dengan trending di Twitter sekarang, selain #GegarVaganza, nama peserta Mamat Exist, Rahmad Mega dan Ifa Raziah yang tersenarai.. Nama Juara Gegar Vaganza Musim 1 iaitu Ayai Illusi dan Naib Juara Gegar Vaganza iaitu Haleeda tidak tersenarai.. Apa-apa pun, dalam ramai-ramai artis yang join, memang sesuatu yang baru disajikan oleh dua orang artis ni.. Haleeda sebab dikenali dengan lagu balada tapi sebenarnya berjiwa rock! Ifa Raziah dikenali dengan dangdut tapi boleh bawa lagu genre lain dengan baik!!

#Mesti ramai akan join Gegar Vaganza Musim 2 nanti

3 comments:

  1. vaganza kan..kenapa jadi vaganca..hehehe

    ReplyDelete
  2. tak la..memang layak mamat dapat persembahan terbaik..ekekek

    ReplyDelete
  3. Tahniah yg menang..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.