Saturday 7 July 2012

MALAYSIA : Kisah Keluarga SONGSANG Tinggal Serumah

Kisah Keluarga SONGSANG Tinggal Serumah

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Datang office pagi-pagi hari, seperti biasa jenguk paper online.. Antara berita menarik yang mungkin boleh berkongsi dengan korang ialah tentang Kisah Keluarga SONGSANG Tinggal Serumah.. Kalau korang ingat, HARIAN METRO pernah mengeluarkan berita tentang 'Abang Kahwin Adik Sendiri' (KLIK TAJUK UNTUK BACA BERITA BERKENAAN).. Selepas itu, Pihak HARIAN METRO Mohon MAAF Untuk Artikel 'Ibuku Isteriku, Bapaku Suamiku (KLIK TAJUK UNTUK BACA BERITA BERKENAAN).. Hari ini timbul pula berita tentang Keluarga SONGSANG Tinggal Serumah.. Jom baca..



KANGAR: Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, dekat sini.

Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.

Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.

Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam.. SUMBER..


---------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

4 comments:

  1. subhanallah..

    btw singgah dari blog Mak Dara..dah lama follow blog ni.

    p/s : http://nyteamlife.blogspot.com/2012/07/islamic-cinta-sejati.html

    ReplyDelete
  2. err err. terkedu terus baca pasal ni.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.