Monday 30 July 2012

DIANA AMIR : Ada Ustaz Ajak 'Taaruf' Dan Ingin Tamatkan Zaman Bujang Tahun Depan

DIANA AMIR : Ada Ustaz Ajak 'Taaruf' Dan Ingin Tamatkan Zaman Bujang Tahun Depan

diana amir

TEMUBUAL Diana Amir bersama wartawan Akhbar KOSMO!.. Antara soalan menarik yang boleh dikongsikan di sini.. Antaranya tentang rancangan perkahwinan beliau..

Kosmo!: Selepas bertudung, adakah Diana pernah dipikat oleh sesiapa?

Diana Amir : Saya masih tiada teman lelaki dan tidak terfikir ke arah itu lagi sekarang tetapi ada juga beberapa ustaz yang mengajak saya 'taaruf' (berkenalan) selepas berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS). Apabila mereka buat demikian terus saya tidak balas SMS itu. Saya berkenalan dengan mereka ketika dalam program keagamaan.

Kosmo!: Kenapa Diana menolak untuk 'taaruf' dengan mereka?

Diana Amir : Saya masih tidak berani, misi saya sekarang untuk mendalami Islam. Ilmu saya masih tidak cukup dan tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usaha saya kenal dengan agama sendiri.

Kosmo!: Adakah Diana menolak jika bertemu jodoh dengan ustaz?

Diana Amir : Saya tidak memilih. Saya akan terima sesiapa sahaja jodoh yang ditentukan Allah, kalau ustaz juga tidak mengapa asalkan ustaz yang baik dan boleh membimbing saya kelak.

Kosmo!: Diana ada sasaran bila akan menamatkan zaman bujang?

Diana Amir : Saya berdoa dipercepatkan jodoh mudah-mudahan tahun depan.

Kosmo!: Tahun hadapan? Bukankah itu terlalu cepat untuk anda?

Diana Amir : Saya mahu cepat-cepat dapat zuriat. Kalau dulu saya mahu kahwin sebab mahu mempunyai suami, tetapi sekarang saya begitu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana saya terlalu sukakan kanak-kanak.

Kosmo!: Kriteria suami pilihan Diana?

Diana Amir : Sudah tentu yang beriman yang penting dia perlu bijak dalam membimbing saya dan keluarga.

Kosmo!: Bagaimana kerjaya seni Diana, adakah masih menerima tawaran berlakon?

Diana Amir : Saya kini banyak menerima tawaran berlakon drama dan telemovie, manakala untuk filem tawarannya agak terhad selepas saya bertudung tetapi saya reda.

Kosmo!: Adakah Diana mengenakan syarat selepas menerima tawaran berkenaan?

Diana Amir : Saya sebenarnya tidak kisah, asalkan kena dengan imej bertudung saya, jika tawaran itu yang mahu saya lakonkan watak bercinta juga tidak mengapa asalkan tiada adegan peluk dan bersentuhan dengan bukan muhrim. Diana kena begitu supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat apabila berhijrah mesti ada perubahan.

Kosmo!: Apakah filem terbaharu Diana akan datang?

Diana Amir : September ini dilancarkan filem saya bersama Kamal Adli berjudul Salam Cinta terbitan Metrowealth.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

2 comments:

  1. semoga diana cepat bertemu jodohnya ;)

    ReplyDelete
  2. semoga misi diana trcapai dan segera mendapat jodoh =)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.