Friday 6 July 2012

Sesuatu Rentasi Jalan Di Pulai Chondong, Machang Kelantan

Sesuatu Rentasi Jalan Di Pulai Chondong, Machang Kelantan

ENTRI RINGKAS dan SANTAI juga ada info SEJARAH :

Sesuatu itu ialah POKOK TUMBANG je.. Entri kali ni cuma nak share satu gambar yang E'raz snap.. Gambar ni E'raz snap semasa perjalanan dari Machang ke Kota Bharu, Isnin (02 JULAI 2012) lepas.. Petang tu lebat giler hujan plus ribut! Memang tak sangka selebat tu..Sekali pokok tumbang kat tengah-tengah jalan di Pulai Chondong.. Jem terus la sebab satu laluan je leh guna.. 

Sesuatu Rentasi Jalan Di Pulai Chondong, Machang Kelantan

Info SEJARAH sikit.. Ini pun jika ada yang berminat untuk baca.. Asal Usul Pulai Chondong, Machang Kelantan..

Nama Pulai Chondong diambil sempena dengan nama Tok Pulai Chondong. Nama sebenarnya ialah Haji Abdus Shamad bin Haji Abdullah bin Haji Hasyim, Pulai Chondong al-Kalantani (telah disingkatkan kepada Tok Pulai Chondong). Beliau dilahirkan semasa pemerintah Long Yunus (1762-1794) iaitu pada tahun 1207H/1792M.

Beliau merupakan saudara dua pupu kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Menurut sumber, Haji Hasyim (datuknya) berasal dari keturunan Sultan Ahmad Minangkabau, Sumatera, yang berhijrah ke Patani pada abad ke-18.

“Setelah belajar di Patani, beliau menjadi ulama, digelar orang ‘Tok Saraf’ kerana pakar dalam ilmu tersebut. Imam Hasyim mempunyai tiga anak iaitu Faqih Haji Abdullah, Faqih Ali dan Faqih Deramat. Faqih Haji Abdullah ialah ayah Tok Pulai Chondong. Akhirnya imam Hasyim, anaknya Faqih Haji Abdullah dan Wan Mek pindah ke Kelantan. Selepas imam Hasyim dan keluarganya sampai di Kelantan, mereka membuka perkampungan yang dinamakan Kampung Bukit.

Imam Hasyim meninggal dunia di Kampung Bukit, selanjutnya anak beliau Faqih Haji Abdullah dilantik menjadi imam di situ. Faqih Haji Abdullah apabila meninggal dunia dikebumikan di Kampung Pisang, Perol, Kota Bharu...” (Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof) - SUMBER

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

2 comments:

  1. owh belum pernah sampai...nanti sampai mesti saya teringat kesah pulau chondong, machang kelantan ni... :)

    ReplyDelete
  2. jgn lupa baca sejarah tu ya.. ;)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.