Tuesday 17 July 2012

BLOGGER, Hanis Zalikha : Pegang Watak Utama Filem Gangster Celup

BLOGGER, Hanis Zalikha : Pegang Watak Utama Filem Gangster Celup.. Pelakon lain : Syamsul Yusof, Kamal Adli, Azad Jazmin, Reen Rahim.. Arahan : Ahmad Idham

'Gangster Celup' Buat Hanis Zalikha Lebih Teruja

Blogger, Hanis Zalikha menganggap penyertaannya ke dalam industri seni membuatkannya teruja lebih-lebih lagi dipilih menggalas watak utama dalam filem Gangster Celup.. Hanis, 22, berkata, selain melihat sejauh mana dia mampu mengetengahkan bakat lakonan, dia juga dapat menambah kenalan daripada kalangan penggiat filem.

"Ini merupakan kali pertama saya menggalas watak penting dalam filem dan saya begitu teruja menyertai bidang ini.. Bagi saya, dunia perfileman ternyata satu bidang yang saya berlainan berbanding dengan kerja-kerja profesional lain. Antaranya, saya dapat menambah kenalan daripada orang industri pula.."

Hanis enggan terlalu serius di bidang lakonan dan menolak pelbagai jenis tawaran, namun tawaran yang diberikan oleh pengarah Ahmad Idham dalam Gangster Celop membuatkan dia mula terbuka hati untuk berlakon..

Bagaimanapun, Hanis tidak mahu peminat-peminat menerusi blognya iaitu inibelogsaya.blogspot.com menganggap kehadiran dia ke dalam industri hiburan tempatan akan menjadi satu bidang kerja yang serius pada masa akan datang..

"Saya seorang wanita yang suka mencuba pelbagai perkara termasuklah bekerja dalam industri hiburan tempatan.. Kalau boleh, saya mahu orang mengenali saya sebagai Hanis Zalikha, yang mampu melakukan apa-apa sahaja termasuklah menulis di blog, berlakon, mengacara dan berbagai lagi perkara lain yang akan diterokai nanti.."

Dalam pada itu, Hanis juga bakal muncul di televisyen, mengendalikan sebuah program terbaru, Mad Market yang akan ditayangkan pada September depan.


2 comments:

  1. Wahhhh bagusnya, ada bakat dan kesungguhan, apa pun boleh kan.. good lucj to hanis, suka tgok dia dlm memberku hawa..

    ReplyDelete
  2. Wahh! satu pencapaian yang memberangsangkan.. Dah ramai blogger yang makin hari makin laku skrang.. Rezeki masing2.. =)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.