Tuesday 10 July 2012

(GAMBAR) Keith Foo, Betul ke Pelakon ni Rakyat Malaysia?

Lelaki Yang Bernama Foo Chuan Chin a.k.a Keith Foo

Siapa Keith Foo? Aku sendiri pun tak kenal.. Tapi lepas baca Kosmo hari ni, baru tahu siapa dia ni.. First! Kenapa aku buat entri pasal dia?! Reason : Keith Foo atau nama sebenarnya dia Foo Chuan Chin ialah anak kelahiran Gemas, Negeri Sembilan tapi telah mencipta nama di Indonesia selama lebih 8 tahun sebagai pelakon dan model.. Dan kini, dia masih memegang status warganegara tempatan.. Keith merupakan bintang sinetron 'Cinta & Anugerah' dan antara filem yang baru selesai penggambaran adalah 'Setan Tuli' serta bakal memulakan penggambaran filem seram berjudul 'Tatung'..

"Ramai yang tidak perasan kehadiran saya dalam industri kerana saya bermula dari sana (Indonesia).. Jika berjumpa dengan peminat dari Malaysia sekalipun mereka tetap tidak percaya saya anak Malaysia.. Saya mula menjadi model iklan sejak usia 16 tahun dan apabila mula memasuki pasaran Indonesia dan bakat saya dikesan produser di sana saya rasa itu peluang terbaik! Ketika itu saya tak pasti nasib saya di Malaysia, yang penting selagi boleh belajar dan peluang pun sedia terbuka saya terima saja.." 

Cerita pahit getir beliau untuk bertapak di sana, korang kena baca artikel di Kosmo yang panjang berjela.. Klik SINI..




------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.