Sunday 15 July 2012

SHILA AMZAH : Mahal Tanda Matang dan Kenapa Shila Diberi MC 5 Hari? Selongkar!

SHILA AMZAH : Mahal Tanda Matang dan Kenapa Shila Diberi MC 5 Hari? Selongkar!


Isu kali ini masih berkisar kepada harga bayaran yang dikenakan oleh Shila Amzah sekarang ini.. Tapi sebelum itu, kenapa Shila diberi MC 5 hari oleh Doktor? Ibunya menjelaskan, "Shila cuma migrain. Memang doktor minta dia rehat, tapi dalam jadual, hari ini kami ada sesi latihan untuk rakaman sebuah program raya dengan Astro, tapi tiba-tiba ia ditunda ke tarikh lain, ini rezeki awak."


IKUTI penjelasan Shila lagi berkaitan HARGA

Shila menjawab, "Mungkin sebab dahulu orang anggap saya artis suam-suam kuku, nampak tak tegas. Sebab itulah bila saya naikkan fi persembahan, hal itu jadi isu besar. Saya bergerak sendiri, bila orang hubungi dan bertanya tentang bayaran, saya beri harga yang sepatutnya. Sebenarnya, itu harga sejak awal tahun 2012 lagi, sebelum masuk Mania dan selepas Anugerah Juara Lagu lagi.

"Bagi saya, ia tak sepatutnya jadi isu sebalik satu perkara yang normal. Menaikkan harga bermakna saya meletakkan tanggungjawab yang lebih tinggi, mencabar diri saya untuk memberi hasil yang lebih baik, memberi motivasi untuk diri sendiri supaya lebih memuaskan hati dan membuka mata ramai untuk melihat kematangan Shila Amzah,"

"Insiden-insiden begitu buat saya lebih berhati-hati. Dalam diam, saya juga ada membuat perbandingan, orang kata saya sudah pandai naikkan harga sedangkan ada penyanyi lain yang satu generasi dengan saya menetapkan bayaran berganda lebih tinggi berbanding saya.


"Sebelum berada di tahap yang sepatutnya, saya sendiri memang tidak berani letak harga mahal-mahal, saya takut juga tak boleh nak penuhi kehendak orang. Tapi sekarang saya sudah beroleh keyakinan, saya naikkan pada kadar yang berpatutan dengan diri saya. Saya masih sedar diri dan saya percaya isu ini pun pernah terjadi kepada rata-rata artis,"

Shila juga sekarang ini menyambung harapan untuk ke Indonesia.. Shila tidak mahu berhenti berharap ke arah itu.. Janji Ahmad Dhani dipegang dan jika dipermudahkan Tuhan, cita-cita untuk melebarkan pengaruh ke Indinesia itu akan terlaksana nanti..

Ingin baca kisah CINTA Shila dengan Shaanaz yang terbaru? Korang boleh terus dapatkan Kosmo hari ini ataupun klik SINI..

Sumber olahan : KOSMO

3 comments:

  1. hmmmm... tak sihat rupanya...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum :)

    Maaf mengganggu . Nak minta tolong sikit boleh ?

    Minta tolong LIKE page n gambar nih . Kalo sudi share & promot skali la naa . Mohon kerjasama awak & rakan blogger sekalian. 1 LIKE mampu membuat ibu & anaknya tersenyum bahagia. Terima kasih ,Jasa anda amat dihargai :)

    1. LIKE this page , https://www.facebook.com/Mumnbabycom


    2. LIKE this photo , https://www.facebook.com/photo.php?fbid=344849685583802&set=a.332350763500361.70545.111646315570808&type=1&theater&notif_t=photo_comment_tagged


    TARIKH TUTUP : 31 JULAI 2012

    ReplyDelete
  3. Shila amzah skrg kalau bg statement walau dlm kelembutan ada kekerekkan. perasan jugak la dgn perubahan tu.. dulu minat skrg dh krg la..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.