Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, 2 April 2013

Info : Jangka Hayat Kucing

Perbandingan Umur Manusia dan Kucing

Sebenarnya dah lama Eraz nak search tentang jangka hayat seekor kucing.. Jadi hari ini berpeluang berbuat demikian.. Terjumpa satu artikel di blog INI.. Lepas baca, baru la dapat info lengkap tentang jangka hayat seekor kucing atau dengan kata lain umur kucing.. Jom baca sikit-sikit yang boleh Eraz sharekan..

Jangka hayat kucing juga ada kategorinya.. Kebanyakkan kucing hidup selama 11 hingga 12 tahun.. Tetapi kucing yang hidup dan di pelihara dalam rumah, biasanya boleh menjangkau sehingga 16 tahun dan 20 tahun.. Manakala kucing yang terbiar kebanyakkanya terdapat di tepi-tepi jalan hanya boleh menjangkau selama 4 hingga 8 tahun sahaja.. Kesianya..

Gambar diatas ialah perbandingan umur manusia dan kucing.. Seolah-olah 1 x 6.. Tapi jangka hayatnya juga mungkin bergantung kepada manusia.. Jika kucing dijaga dengan baik, mungkin jangka hayat mereka lebih lama.. Jadi jika perlu dibawa ke klinik disebabkan sakit, bawa la.. Membantu haiwan juga merupakan amalan yang baik.. Berilah mereka perlindungan..

Kredit : Jareycatlovers

#Sekian untuk info tentang jangka hayat kucing
Read more ...

Saturday, 23 March 2013

Cara Hilangkan Stress Yang Mudah !

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah sebab masih lagi dikurniakan hari Sabtu untuk kita semua.. Eraz macam biasa, selepas sibuk dengan Regional Colloquium Tutor & Facilitators semalam dan hari-hari sebelum, hari ini masih bekerja.. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar.. 

Hari ni Eraz nak share satu lagi info cara hilangkan stress.. Untuk entri-entri sebelum ini, Eraz pernah kongsikan entri Info : Punca-Punca Stress dan Stress Di Tempat KerjaInfo : Tanda-Tanda StressInfo : Cara Mengawal Stress dan Doa Apabila Menghadapi Tekanan (Stress).. Tapi hari ini pula cara hilangkan stress yang dikatakan sangat mudah.. Cuba baca..

Cara Hilangkan Stress Yang Mudah !

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Thursday, 1 November 2012

Gaji Kakitangan Awam Naik 5 Peratus Tahun 2013

Gaji Kakitangan Awam Naik 5 % Tahun 2013


Berita yang ditunggu-tunggu oleh semua orang.. Terutama kakitangan kerajaan la kan.. E'raz terima tempias je la dari pengumuman ni.. Mungkin ini bukan berita baru lagi.. Dah ramai blogger yang buat entri tentang kenaikkan gaji ni.. Antaranya Ben Ashaari, Zamani84, DisiniBermula.. Penjawat kerajaan atau kakitangan awam dijangka naik gaji setinggi 5% pada tahun 2013..

Tetapi Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat.. Kajian berkenaan akan meneliti dan mengkaji segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu-isu penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksimum..

Tahniah semua yang terlibat kira-kira 1.4 juta kakitangan.. Pekerja swasta, walaupun mungkin tak dapat apa-apa lagi, at least gaji bulanan tetap diterima kan.. Alhamdulillah.. Yang tidak bekerja tu, errrmmmmm.. Kena fikir panjang lagi la..

Read more ...

Wednesday, 24 October 2012

Kelebihan Puasa Hari Arafah (25 Oktober 2012 - Khamis)

Kelebihan Puasa Hari Arafah (09 Zulhijjah)

Kelebihan Puasa Hari Arafah (09 Zulhijjah)

Untuk info, puasa hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah.. Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji iaitu bagi bukan jemaah haji.. Untuk tahun 2012 ni, hari Arafah jatuh pada 25 Oktober 2012 - Khamis.. Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah :

1)  Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang..

2)  Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah..

3)  Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka..

Untuk huraian dan penjelasan yang lebih detail, korang boleh klik http://muzir.wordpress.com..

Read more ...

Tuesday, 2 October 2012

(GAMBAR) Fenomena Halo Di Malaysia

02 Oktober 2012 : Gambar Fenomena Halo Di Malaysia

Fenomena Halo? Sebenarnya E'raz tak tahu pun pasal perkara fenomena ni.. Tapi E'raz ni memang seorang peminat kepada bidang-bidang astronomi atau sewaktu dengannya.. So! Bila blogwalking ke blog BicaraMakDara tadi, baca dari A sampai Z tentang entri MakDara tentang Kecoh Tentang Fenomena Halo Yang Sedang Berlaku Sekarang!.. Baru la tahu fenomena ni terjadi di Malaysia sekarang.. Kredit 100% pada MakDara sebab dedahkan info ni.. ;)

Info tentang Fenomena Halo

Fenomena Halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.

Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR. 
Kredit : SINI

Gambar dibawah ini disnap oleh MakDara dirumahnya.. Menarik!!

Fenomena Halo

Fenomena Halo

Fenomena Halo

Fenomena Halo

Fenomena Halo

Fenomena Halo

Kredit Gambar  : BicaraMakDara

Read more ...

Sunday, 30 September 2012

Siapa Kenal Patung Liberty?

Info / Sejarah Tentang Patung Liberty, New York


Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Mesti ada pembaca yang pelik kenapa Eraz tiba-tiba publish entri pasal Patung Liberty ni kan.. Bukannya apa, ianya sekadar berkongsi info.. Mana la tahu kot-kot info ni diperlukan dalam mana-mana peperiksaan yang melibatkan korang.. Idea ni dah lama timbul.. Tapi hanya sekarang berpeluang publish..

Rupanya Patung Liberty dah lama wujud.. Manr tak nya, kalau siapa-siapa perasan, masa tengok filem Titanic, patung ni ada masa tu.. Titanic kan dah tenggelam lebih 100 tahun.. Sebab tu la Eraz timbul idea nak cari Info Tentang Patung Liberty.. So! Dibawah ada sedikit info yang E'raz boleh sharekan..

Liberty Enlightening the World, lebih dikenali dengan nama Statue of Liberty atau Patung Kebebasan, adalah satu patung berukuran raksasa yang terletak di Pulau Ellis, di muara Sungai Hudson di New York, Amerika Syarikat.. Patung ini dihadiahkan oleh Perancis untuk Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dan merupakan suatu simbol selamat datang untuk pengunjung, imigran dan orang Amerika yang pulang ke tanah air mereka..

Patung yang diberikan pada 28 Oktober 1886 ini merupakan hadiah seratus tahun kemerdekaan Amerika Syarikat dan merupakan simbol persahabatan antara kedua-dua negara.. Pemahat patung adalah Frederic Auguste Bartholdi, dan Gustave Eiffel (pereka Menara Eiffel) merancang struktur dalamannya.. Patung Liberty adalah salah satu lambang AS yang paling terkenal di seluruh dunia, dan melambangkan kemerdekaan dan kebebasan..

Done! Sekian, terima kasih..


------------------------------------
Nak mintak tolong sikit untuk klik button LIKE photo di Facebook.. Sekejap je masa yang diperlukan.. Button LIKE korang amatlah dihargai.. Terima kasih.. Link photo : http://www.facebook.com/eraz.fadliii/posts/174373302699763 atau klik SINI 

Read more ...

Friday, 28 September 2012

Isi Kandungan Belanjawan 2013 | 28 September 2012

Isi Kandungan Belanjawan 2013 | 28 September 2012

Gambar Sumber mStar Online

Mesti ramai yang menunggu Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ni 28 September 2012.. Ada yang melaporkan, jangkaan meneruskan Dasar Afirmatif & Tingkatkan Kualiti Hidup Rakyat.. Tak faham? Susah nak explain.. So boleh klik mStar Online untuk penjelasan.. Bagi yang ingin membaca beberapa jangkaan yang dibuat, korang juga boleh klik mStar Online untuk berita lanjut..

Read more ...

Adab Bercakap

Adab Bercakap


Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".

1. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar

2. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

3. Jika seoarng sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

4. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

5. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

6. Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama

7. Jangan bercakap secara berkumam mulut

8. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang

9. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.

10. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya

11. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.


Read more ...

Monday, 24 September 2012

New Volkswagen Beetle



Sekali tengok, memang cantik jugak kereta ni.. Cute.. Haha.. Jika pun aku berminat, mampu ke aku nak pakai.. Hehe.. Terbaca tentang artikel New Volkswagen Beetle ni.. Tengok punya tengok gambar, sebenarnya menarik jugak.. Tapi, tetap setia dengan kereta sekarang.. Untuk kawan aku yang sedang 'service' Preve dia, baik beli kereta ni la.. Kawan aku tu mesti tahu siapa yang aku maksudkan ini.. hehe..

Siapa nak tengok harga, gambar-gambar, boleh klik SINI.. Semuanya di laman web rasmi New Volkswagen Beetle.. Thanx kerana sudi membaca..

Read more ...

Friday, 21 September 2012

Info Patut Tahu (Dipetik Dari Majalah MASKULIN)

Info Patut Tahu (Dipetik Dari Majalah MASKULIN)

10 PATUT TAHU - Kelajuan Purata pancutan air mani adalah 31bsj iaitu lebih laju daripada seekor harimau kumbang..


Sumber : Majalah MASKULIN

Read more ...

Thursday, 20 September 2012

‎9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW - Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Isra'kan......"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW:
"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Info Menarik Utk Anda SHARE! Silakan.. =)

SUMBER

Read more ...

Sunday, 16 September 2012

Info Tarikan Taman Tema Legoland Malaysia

Apa Yang Menarik Tentang Taman Tema Legoland Malaysia, Nusajaya Johor? Terjah Senarai Harga Juga..

Info Tarikan Taman Tema Legoland Malaysia

Taman Tema Legoland Malaysia

Mesti ramai yang dah tahu tentang pembukaan Taman Tema Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor kan.. So semalam, lebih 10,000 orang terjah Taman Tema Legoland pertama di Asia yang dibuka secara rasmi semalam sekali gus menjadikan Johor dan Iskandar Malaysia sebagai antara hab hiburan utama di Asia..

Pembukaan semalam mencetuskan keyakinan ia bakal menjadi daya tarikan baharu pelancongan mengatasi Universal Studios di Singapura.. Sedikit info tentang Legoland, Taman Tema Legoland Malaysia merupakan Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund di Denmark, Legoland Windsor di England, Legoland California dan Legoland Florida di Amerika Syarikat serta Legoland Deutschland di Jerman..

Info Harga Taman Tema Legoland Malaysia
Dewasa : RM 140.00 Seorang
Kanak-Kanak : RM 110.00
(Hari biasa termasuk hujung minggu dan cuti umum)

Read more ...

Friday, 14 September 2012

Info : Cara Memikat Wanita Mengikut Sunnah

Cara Memikat Wanita Mengikut Sunnah


1. Menyatakan hasrat melalui keluarga wanita..
2. Boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara..
3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat..
4. Menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman.


Read more ...

Monday, 10 September 2012

6 Cara Atasi atau Mengubati Kekecewaan

INFO : 6 Cara Atasi / Mengubati Kekecewaan


Ini adalah antara ubat kekecewaan.. Apabila kita rasa kita sudah mahu bertindak untuk mengatasi kekecewaan, kita sebenarnya telah berjaya, iaitu berjaya dalam perjuangan untuk menguasai diri kita.. Sebaliknya juga, apabila kita gagal memulakan langkah-langkah ke arah mengubati hati luka itu, selagi itulah kita dianggap masih gagal.. Lantaran itu cuba atasi kekecewaan tersebut..

Antaranya adalah :-

1. Menumpukan perhatian kepada aktiviti lain yang lebih berfaedah..
2. Melupakan kekecewaan tersebut dan menanam tekad baru untuk tidak kecewa lagi..
3. Meluahkan perasaan kepada orang yang kita percayai..
4. Minta nasihat orang lain..
5. Cuba minta nasihat daripada orang lain yang kita hormati atau segani..
6. Jangan minta nasihat dari orang yang kita benci atau orang yang selalu sakitkan hati kita.. Dalam kata lain, jangan tambah penyakit.. Tidak kiranya apa nasihatnya, namun biasanya kesediaan orang lain itu memberi nasihat pun sudah cukup untuk melegakan perasaan kita..


Read more ...

Monday, 3 September 2012

Friday, 31 August 2012

Maksud Disebalik Warna di Bendera Malaysia

Maksud Disebalik Warna di Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)

Maksud Disebalik Warna di Bendera Malaysia

Warna Merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran..

Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan..

Warna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai..

Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara..

--------------------------------------------

Read more ...

Pencipta Bendera MALAYSIA

Pencipta Bendera MALAYSIA

Sempena hari Kemerdekaan yang ke-55 ni, admin berminat untuk sharekan tentang Pencipta Bendera Malaysia.. Beliau ialah Mohamed bin Hamzah, Bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya Johor.. Jom baca kisah beliau yang diceritakan oleh adiknya, Abu Bakar Hamzah..

Pencipta Bendera MALAYSIA

SEMASA hayatnya, Mohamed bin Hamzah merahsiakan beliaulah pencipta Jalur Gemilang, hingga ramai temannya sendiri tidak mengetahui perkara itu.. Hanya selepas kematiannya pada 1993, barulah adik beliau, Abu Bakar Hamzah (gambar), sekarang 73, mendedahkan secara terbuka perihal abangnya itu.

Jalur Gemilang menurutnya, mula dicipta pada 1947 apabila pemerintah masa itu mengadakan pertandingan mereka bendera Persekutuan Tanah Melayu.. Mohamed yang ketika itu berusia 29 tahun tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut untuk menonjolkan bakat melukisnya.. Bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya Johor itu memang berbakat dalam bidang seni lukis dan sanggup menghabiskan masa berjam-jam menyiapkan sesebuah lukisan.. 

“Saya masih ingat Allahyarham yang tamat persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) mengambil masa dua minggu mereka empat lakaran bendera untuk dihantar ke Kuala Lumpur.. Dia tersenyum lebar ketika lakaran bendera diciptanya dipilih dan dipaparkan dalam akhbar-akhbar tempatan,” katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993, 14 hari sebelum genap usia 75 tahun di rumah keluarganya di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.. Allahyarham pernah meminta adiknya Abu Bakar untuk merahsiakan dirinya pencipta Jalur Gemilang dan biarlah masyarakat mengetahuinya sendiri..

Namun setelah meninggal dunia, banyak pihak tidak bertanggungjawab mengaku mencipta Jalur Gemilang membuatkannya tampil bercerita kisah sebenar meskipun memungkiri janji kepada abangnya.. Kini, perkara itu telah terungkai tetapi Abu Bakar masih memendam rasa kecewa berikutan Allahyarham masih belum menerima pengiktirafan sewajarnya.

“Jalur Gemilang sudah sampai ke angkasa lepas malah yang membawanya turut mendapat pengiktirafan tinggi tetapi pencipta bendera bagai dipinggirkan,” katanya.

Ditanya mengenai bangunan terakhir yang direka Allahyarham, Abu Bakar berkata, dia tidak mengingatinya kerana terlalu banyak yang direka bentuk oleh Allahyarham.. Antaranya bangunan Dewan Jubli Intan, Menara Johor. Bagi mengenang jasa abangnya, beliau dan saudara-mara mengadakan kenduri arwah setiap Ogos serta melawat pusaranya di Kebun Teh, Johor Bahru..

Allahyarham mendirikan rumah tangga empat kali dan terakhir bersama Robani Daud. Mereka dikurniakan seorang anak, Mariam serta empat anak angkat; Khadijah, Azizah, Mohd. Ali dan Mohd. Seth.. Bagi Abu Bakar, bendera itu melambangkan kedaulatan negara. Sebab itulah beliau sedih apabila Jalur Gemilang tidak dihormati.. Antara isu menyedihkan termasuklah ia dipasang terbalik, sudah lusuh atau koyak.. 

“Saya pernah memarahi individu yang sengaja mengibarkan bendera separuh tiang,” katanya.


--------------------------------------------
Read more ...

Thursday, 30 August 2012

Tema Hari MERDEKA 2012

Tema Hari MERDEKA 2012 + Lagu Tema

Tema Hari MERDEKA 2012 + Lagu Tema

Mesti semua sedar kan yang kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke - 55 esok, 31 Ogos 2012 ! So tema? 'Janji Ditepati'.. Mungkin dah ramai blogger yang komen pasal tema Kemerdekaan hari ni.. So, E'raz rase tak perlu komen dah ni.. Siapa nak dengar lagu tema hari merdeka 2012, boleh download video atau MP3 atau lagi senang jom ke youtube, mesti dah ade sekali dengan lirik.. 

Apa-apa pun, marilah kita pupuk semangat kemerdekaan dalam diri!! MERDEKA!!!

Read more ...

Wednesday, 29 August 2012

Info Tentang Air Mazi

Air Mazi : Najis

Info Tentang Air Mazi

Persoalan ini Eraz petik daripada Harian Metro.. Mungkin ini boleh menjadikan info kepada semua yang musykil.. Ramai juga yang konfius antara Air Mazi dan Air Mani kan.. Jom ikuti Soalan dan Jawapan yang telah dijawab oleh Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri, Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Kemanusian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.. Beliau sedia membantu umat Islam yang berhadapan kemusykilan agama..

YANG saya tahu, jika lelaki keluar air mazi, tidak perlu mandi jika hendak menunaikan solat. Adakah wanita juga begitu atau mereka perlu mandi jika hendak bersolat? Bagaimana pula jika ada wanita yang terbaca majalah berkenaan seks rumah tangga sehingga menyebabkan air mazinya keluar. Mohon penjelasan daripada Dr. 

MOHAMAD, Johor

JAWAPAN


HUKUM antara lelaki dan perempuan dalam perkara itu adalah sama. Air mazi dikira najis dan hendaklah dibersihkan sebelum berwuduk dan menunaikan solat. 

Sama ada lelaki dan wanita dikira berada dalam berhadas kecil saja apabila keluar air mazi. Berbanding dengan keluar air mani, kedua-duanya perlu mandi hadas besar.

Fikrah Dr. Salam


--------------------------------------------
Read more ...

INFO : 6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim

INFO : 6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim


Rasanya ini mungkin info yang boleh di share kan bersama dengan semua orang di dunia.. Jom kita baca 6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim..

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......


--------------------------------------------
Read more ...