Monday 16 July 2012

Budak 12 Tahun Dicatatkan Perogol Termuda Dihukum !!

Budak 12 Tahun Perogol Termuda Dihukum Di Britain

Terkejut bila terbaca tajuk berita nih.. Nasib baik kes ni tak berlaku di Malaysia.. Kes ini dicatatkan di Britain.. Budak sekarang sebenarnya sudah banyak terdedah kepada TV, Filem, Internet yang boleh mengajar mereka semua perkara.. Sangat berbeza dengan kanak-kanak dulu.. Kami sama-sama lah kita try didik anak-anak kita supaya semuanya berkelakuan baik dan terkawal..

GAMBAR HIASAN

LONDON: Seorang budak hanya mampu mengesat air mata selepas hakim mengarahkan dia dipenjara empat tahun atas kesalahan merogol dua kanak-kanak perempuan tahun lalu. Tertuduh, 12, adalah pesalah termuda di Britain disabitkan dengan kesalahan rogol.

Dia didakwa menyerang mangsa pertama ketika itu berusia 10 tahun selepas memulakan permainan sorok-sorok di sebuah taman di Bolton, Manchester. Mahkamah diberitahu, tertuduh menolak mangsa ke tembok dan cuba melondehkan seluar dalam budak perempuan terbabit.

Dalam kejadian berasingan, budak perempuan sama diperdaya di kawasan belukar sebelum dirogol. Pendakwa berkata, budak lelaki itu cuba mencari mangsa lain ketika seorang budak perempuan leka bermain bola sepak. Katanya, tertuduh memujuk mangsa ke sebuah ‘pejabat’ yang terletak di belakang sandaran papan di tepi sebuah rumah.

“Di situ budak lelaki terbabit mengarahkan mangsa melakukan seks oral sebelum dirogol,” katanya. Tertuduh menafikan tuduhan rogol dan serangan seks ketika pendakwaan dibuat di Mahkamah Liverpool.

Hakim, Mark Brown, berkata mangsa tidak mengizinkan dirinya diperlakukan sebegitu dan mereka mengalami pengalaman pahit kerananya. “Maruah mereka dicabul dan terpaksa pula menghadapi kesan psikologi. “Ia juga memberi kesan kepada ibu bapa mangsa,” katanya. - TS


1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.