Wednesday 18 July 2012

Persembahan Dato' Siti Nurhaliza Di Kelantan Cetus Kontroversi?

Persembahan Dato' Siti Nurhaliza Di Kelantan Cetus Kontroversi

Tak tahu nak komen apa tentang ISU ni..


Kerajaan Negeri Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau penganjur yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri itu.

Kenyataan tegas itu disuarakan berikutan kehadiran penyanyi terkemuka negara, Dato' Siti Nurhaliza ketika mengadakan persembahan terbuka di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu, Sabtu lalu.

Dipetik daripada Sinar Harian, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang gagal mengikut undang-undang di bawah yang ditetapkan Kerajaan Negeri.

“Bagi kes tersebut kita memberi amaran, namun selepas ini kita tidak akan berkompromi lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM1,000 di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Baru-baru ini majlis sambutan Hari Guru yang diadakan di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab mendapat sambutan lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu.


7 comments:

  1. ala krajhaan kelate ni
    bajet je
    manyak lg mende len die kene tgk.
    ehehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum eraz....x tahu la nak komen mcm mana..:)

    ReplyDelete
  3. owhh terbuka maksudnya tak boleh ditonton oleh lelaki dan perempuan serentak gituw ka???

    ReplyDelete
  4. ade baca..
    malas nak komen...

    ReplyDelete
  5. hmmm.. kat Kelantan mmg takbleyh ada artis wanita mnyanyi.. konsert pown takbleyh..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.