Sunday 15 July 2012

(GAMBAR) Sekitar MTV World Stage 2012, Justin Bieber Lebih Mesra Peminat

(GAMBAR) Sekitar MTV World Stage 2012, Justin Bieber Lebih Mesra Peminat

Persembahan penuh bertenaga penyanyi pop Kanada, Justin Bieber pada rakaman konsert MTV World Stage Live In Malaysia 2012 di Surf Beach Sunway Lagoon, Bandar Sunway, Petaling Jaya, malam Sabtu berjaya memukau kira-kira 10,000 penonton yang hadir. Foto ART CHEN/THE STAR

Justin Bieber dikatakan lebih mesra peminat dan kerap berkomunikasi ketika mengadakan persembahan pada rakaman konsert MTV World Stage Live In Malaysia 2012 di Surf Beach Sunway Lagoon, Bandar Sunway, malam Sabtu.. Konsert itu berlangsung dihadapan 15,000 penonton.. Menurut Mstar, Justin Bieber tidak henti-henti memuji para peminat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepadanya.. Selain Baby, Bieber turut membawakan lagu-lagu popularnya, Never Say Never, One Time, Around The World, As Long As You Love Me, Die In My Arm, Be Alright dan lagu baru Boyfriend.. 

Selain itu, penyanyi berkumpulan dari Korea, KARA, Mizz Nina dan Jay Park turut menjayakan konsert tersebut.. Persembahan KARA dengan lagu Step, Jumping, Lupin, Let It Go, Hunny dan Mister.. Manakala Mizz Nina dengan lagu-lagu daripada album terbarunya, Take Over.. Konsert tersebut dihoskan oleh dua VJ yang terkenal, VJ Rich dan VJ Holly..

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.