Tuesday 10 July 2012

Berita : Amukan Di Luar Perkarangan Kompleks B, JPM Putrajaya, Suspek Dipercayai Sakit Mental - Polis

Berita : Amukan Di Luar Perkarangan Kompleks B, JPM Putrajaya, Suspek Dipercayai Sakit Mental - Polis

Kes ni antara berita yang sangat menjadi perhatian semalam.. Aku dapat tahu hal ni semasa nak balik dari pejabat.. Baca satu per satu berita yang ada di blog-blog.. So hari ni, aku nak bawak berita dari KOSMO ini ke blog sendiri.. TERKINI yang di update di KOSMO! Terjah..


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis.

Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya “Imam Mahadi”, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lepas dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini, beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian ekoran ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat,” katanya.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala wanita yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. – BERNAMA

------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.