Saturday 14 July 2012

#DiariEraz : Kesibukan Melampau Untuk Minggu Nie!

#DiariEraz : Kesibukan Melampau Untuk Minggu Nie!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Minggu ni sememangnya boleh dikategorikan dalam minggu yang tersangat sibuk sebab banyak giler kerja yang memerlukan perhatian lebih.. Sebelum ini pernah berlaku.. Tapi kali ni berulang lagi.. Dan E'raz percaya, perkara macam ni akan berlaku dan terus berlaku pada kerja Eraz.. Tapi tak de masalah lah sebab kita kan bekerja makan gaji.. So, ikut je la..

Pertama ialah masalah 'runcit' yang sentiasa ada! Fuh.. Dah lame berlarutan, sehinggalah semalam, Alhamdulillah settle.. Lega giler.. Pada mulanya cam nak give up sebab stress giler.. Tapi mungkin sebab sabar dan tawakal je, alhamdulillah, perkara tu settle.. Bile settle perkara tu, rentetan nya, kena lah prepare untuk next semester pulak.. Tapi sekarang, bermasalah dengan 'timetable'.. So! Skang tengah carik jalan untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak-pihak tertentu untuk membantu.. Harap2 menjadi!

Kedua, berkaitan dengan Budget.. Alamakkkk.. Report untuk Quarter 2 kembali lagi.. Benda ni akan datang wajibnya sebanyak 4 kali dan sekali yang gilang gemilang punyer.. Mulanya dateline semalam, tetapi telah dilanjutkan ke next week.. Alhamdulillah.. Mungkin tuhan tahu Eraz tengah pening dengan dua beberapa perkara lain.. So! Bermula minggu depan, benda la kena pegang dulu!

Ketiga ialah program lawatan MQA! Datang lagi.. Selamat Datang la ya.. Kebetulan BOS ada hal keluarga yang tak dapat dielakkan, so Eraz terpaksa amek alih dari A sampai Z.. Terpaksa la jadi pemangku sementara ketiadaan bos ni.. Setakat ni alhamdulillah berjalan lancar dan program tu adalah hari ni.. Dan sedang berlangsung sekarang.. (Entri auto-post ni.. ). Alhamdulillah segala dokumen yang diperlukan setakat ni berjaya dikumpulkan dan juga aturcara untun interview juga berjaya diaturkan.. Majlis hari ni dimulakan dengan taklimat dari Eraz.. Harap semua akan berjaya!!

Last tapi semestinya bukan yang terakhir, tapi termasuk dalam aktiviti kesibukan minggu ni ialah persediaan untuk bimbingan peperiksaan untuk pelajar-pelajar baru.. Errrmmmmm.. Notis sudah dinaikkan dan fasilitator telah dilantik.. Cuma sekarang, bahan belum disediakan dan juga kumpulan belum dipublishkan.. Ini kes selepas budget Q2 selesai!

Sorry amek masa korang sekejap dalam baca entri ni.. Entri ni sememangnya lebih kepada personal.. Rase dah lame tak menulis panjang-panjang cam ni.. Lepas gian.. Eraz taip entri ni pada pukul 5.30 pagi.. Masa ni, E'raz tengah buat semakan terakhir untuk dokumen sebelum diserahkan kepada pihak MQA.. Dan juga check slide yang perlu Eraz guna untuk slot Eraz nanti..

Doakan yang terbaik k.. Sememangnya #MingguKesibukanMelampau!

p/s : Kebanyakan entri dalam blog E'raz 3, 4 hari ni ialah auto-post.. ;) Kalau nak senaraikan aktiviti lain yang ade serta, memang panjang.. Tapi nak cerita / meluah yang penting je.. 

2 comments:

  1. kje2 jugak, rehat kena cukup

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum eraz...yer2 betul kata que kat atas tu rehat kena juga...:)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.