Saturday 7 July 2012

Filem The Amazing Spider-Man Catat Rekod Kutipan USD35 Juta Pada Hari Pertama Tayangan

The Amazing Spider-Man Catat Rekod USD35 Juta, PELAKON : Andrew Garfield, Emma Stone, Rhys Ifans, Martin Sheen

GENRE: Aksi, Drama, Sains Fiksyen
PENGARAH: Marc Webb
PELAKON: Andrew Garfield (Peter Parker), Emma Stone (Gwen Stacy), Rhys Ifans (Dr Curt Connor/Lizard), Martin Sheen
EDARAN: Columbia Pictures
Tayangan: Mulai 5 Julai 2012


The Amazing Spider-Man mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila mencatat kutipan USD35 juta (kutipan tempatan) pada hari pertama tayangannya, rekod tertinggi untuk filem yang dibuka pada hari Selasa.. Filem terbaru superhero Marvel itu mengetepikan pemegang rekod sebelum ini, Transformers yang turut dibuka tayangannya pada hari Selasa tahun 2007.. Transformers pada ketika itu mencatat kutipan USD27.9 juta..

Sipnosis

Peter Parker merupakan seorang anak yatim piatu yang diasuh dan dibesarkan bapa dan ibu saudaranya. Ibu bapanya telah meninggal dunia dalam satu tragedi misteri dan Parker dibesarkan dengan pelbagai persoalan tentang pemergian ibu dan bapanya itu.

Atas dasar ingin tahu, Parker telah menyiasat sehingga menemui bapanya bersahabat baik dengan saintis ternama, Dr Curt Connor. Penyiasatan Parker telah membawanya ke makmal ujikaji milik Dr Connor dan di situ tanpa disengajakan, dia telah digigit seekor labah-labah ganjil yang merupakan haiwan ujikaji Dr Connor.

Gigitan labah-labah tersebut menyebabkan Parker kini mempunyai kekuatan dan kebolehan luar biasa persis seekor labah-labah. Dia juga telah membantu Dr Connor menyelesaikan masalah sains yang selama ini gagal diselesaikan saintis tersebut.

Masalah timbul apabila Dr Connor menggunakan penyelesaian sains bantuan Parker untuk mengubah dirinya menjadi makhluk mutasi Lizard. Mampukah Parker menghalang Dr Connor yang kini dikuasai nafsu diri?



extra : Terus rasa teruja untuk tengok filem ni..

---------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.