Sunday 22 July 2012

Kisah Oki Setiana Dewi, Pemegang Watak Anna Althafunnisa Dalam Ketika Cinta Bertasbih

Kisah Oki Setiana Dewi, Pemegang Watak Anna Althafunnisa Dalam Ketika Cinta Bertasbih


Dah lama nak buat entri tentang wanita yang bernama Oki Setiana Dewi ni.. Idea ni timbul lepas tengok serata bandar Kota Bharu ada poster beliau tentang Program Hari Hiburan Islam (HAI) yang diadakan di Kota Bharu.. Jadi hari ni, berjaya juga publish entri tentang beliau.. Korang mesti ingat watak 'Anna Althafunnisa' isteri kepada ustaz Abdullah Khoirul Azzam, lakonan M. Kholidi Asadil Alam dalam filem atau drama Ketika Cinta Bertasbih (KCB)..

Apa yang E'raz baca, perwatakan peribadi Anna yang penuh dengan ciri-ciri muslimah sejati itu bukan setakat di dalam filem malah dalam kehidupan seharian juga bersifat demikian.. Oki yang mula bertudung di usia 16 tahun juga adalah seorang guru agama dan penceramah yang mengajar di pejabat, masjid dan di penjara sekitar negaranya, Indonesia.

"Setiap gerak-geri atau pertuturan Anna lahir dari dalaman. Saya melakonkan watak itu dengan seikhlas hati kerana sebagai pelakon, saya sendiri teruja dengan karakter tersebut. Sepanjang melakonkan watak Anna, saya banyak belajar daripada karakter tersebut.. Kalau saya boleh belajar berdasarkan watak Anna, saya yakin penonton pun dapat memperoleh ilmu.."

Kisah lain, Oki pernah mengikuti pengajian bahasa Arab dan pengajian al-Quran di Universiti Umm al-Quran, Mekah, pada Februari hingga Mac lalu..

"Saya begitu terkejut apabila berada di sana, masih ada orang yang mengenali saya, mereka panggil Anna. Bukan sahaja orang Indonesia malah dari Malaysia juga mengenali saya.. Untuk memudahkan diri, saya pakai purdah.. Ketika di dalam masjid Masjidil Haram, saya mendapat ramai guru.. Apabila melihat saya membaca buku dalam bahasa Arab ramai yang bersedia mengajar.. Boleh dikatakan setiap hari saya mendapat guru yang berbeza.. Sebenarnya mahu lebih lama di sana tapi disebabkan saya tidak mempunyai mahram, jadi tidak boleh dilanjutkan. Insya-Allah, kalau sudah bertemu pasangan nanti, pasti saya lanjutkan pelajaran lagi di sana.."

SUMBER Tulisan : SINI

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

2 comments:

  1. KY suka dengan persionaliti, Oki..

    ReplyDelete
  2. suka tengok watak anna tu.. owh, pasti bahagia andai kita jg memiliki peribadi camtu ;)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.