Sunday 8 July 2012

Soo Wincci (Miss World Malaysia 2008) Layak Ke Final MasterChef Selebriti Malaysia !!

08 Julai 2012 : Soo Wincci Layak Ke Final MasterChef Selebriti Malaysia !!


Sedia maklum, malam ni tinggal Juliza Adlizan, Farouk Hussain, Soo Wincci, Dato' Fazley dan Angah Raja Lawak yang akan bertanding di dapur Masterchef Selebriti Malaysia.. Segmen pertama ialah Peti Saji Misteri.. Bahan yang terdapat dalam Peti Saji Misteri ialah Siput Buluh, Buah Markisa, Daun Salam, Lobak Bulat Merah (Radish) dan Jantung Pisang.. Mereka kena memasak at least menggunakan 3 daripada 5 bahan yang diberikan.. Pemenang Cabaran Peti Saji Misteri kali terakhir adalah Juliza Adlizan!

Juliza diberikan keutamaan untuk memilih tema untuk diri sendiri dan semua selebriti yang lain untuk segmen Cipta Rasa.. Cipta rasa kali ini berdasarkan lagu.. Lagu-lagunya ialah : Dari Sinar Mata - Soo Wincci, Manis - Juliza, Ring Ting - Dato' Fazley, Apa Dah Jadi - Farouk Hussain dan Dan Sebenarnya - Angah.. Mereka perlu menyediakan masakan berdasarkan lagu yang telah dipilih.. Mereka terpaksa menginspirasikan lagu berkenaan kepada masakan.. Dan sebagai pemenang segmen Cipta Rasa, beliau layak terus ke FINAL.. Pemenang itu ialah Soo Wincci..

4 lagi selebriti iaitu Juliza Adlizan, Farouk Hussain, Dato' Fazley dan Angah Raja Lawak terpaksa ke pusingan penyingkiran ESOK!

------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.