Showing posts with label Soo Wincci. Show all posts
Showing posts with label Soo Wincci. Show all posts

Saturday, 15 November 2014

Eraz bakal konvo dengan Soo Wincci ?


Assalamualaikum w,b.t.. Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tidak tahu yang Soo Wincci sebenarnya bakal dapat PhD nya tahun depan.. Memang kagum la dengan dia.. Dalam kesibukan mencipta nama di Taiwan, dia sempat habiskan program PhD dia dalam masa yang ditetapkan, 4 tahun.. Wincci menyambung pengajian di peringkat PhD dalam Business Administration di Open University Malaysia.. Eraz pernah buat entri pada Soo Wincci ni di SINI..


Mungkinkah Eraz akan konvo sekali dengan Wincci nanti next year? Insyaallah kalau tak de aral melintang, Eraz akan habiskan program Master of Business Administration di Open University Malaysia juga pada April ini.. Hehe.. Tapi peringkat yang berbeza la.. Tapi andai kata konvo di hari yang sama pun, tak semestinya dapat jumpa ke apa kan.. Cuma entri ni just nak mention bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..

#Tahniah Soo Wincci

Read more ...

Saturday, 1 February 2014

Bila Biniku Gongxi | Drama TV3

Bila Biniku Gongxi | Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ni pernah tengok di instagram Soo Wincci tentang drama Bila Biniku Gongxi lakonan Wincci dengan Iqram Dinzly.. Rupa-rupanya drama tu malam ni.. Slot Cerekarama sempena Chinese New Year kot.. Tak pernah pulak tengok promo drama Bila Biniku Gongxi ni di TV..

Read more ...

Tuesday, 14 January 2014

Bila Soo Wincci Berselendang dan Berbaju Kurung

Bila Soo Wincci Berselendang dan Berbaju Kurung | Assalamualaikum w.b.t.. Soo Wincci Berselendang dan Berbaju Kurung ni sempena program MasterChef Malaysia ALL STARS Episod 32 di hari Sambutan Maulidur Rasul hari ni.. Selain Wincci, Celina pun sama..



Gambar dari Instagram soowincci

Read more ...

Thursday, 25 October 2012

Soo Wincci, Miss World Malaysia 2008 : Pelajar PhD di Open University Malaysia (OUM)

Soo Wincci, Pelajar PhD di Open University Malaysia (OUM)

Soo Wincci, Miss World Malaysia 2008, juga pelakon, penyanyi dan bekas peserta Masterchef Selebriti baru-baru ni muncul dengan lagu dan klip video lagu Terus Teranglah.. Dua matlamat utama Wincci iaitu menembusi pasaran hiburan di Taiwan dan melengkapkan pengajian pada peringkat doktor falsafah (PhD) tidak mustahil untuk dicapainya dengan kesungguhan dan pengorbanan..

Soo Wincci salah seorang artis yang boleh dicontohi kerana dalam masa beliau menjadi artis, beliau tidak lepaskan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.. Harap-harap, aku pun berpeluang menyambung pengajian aku di peringkat Master dalam masa terdekat..



Read more ...

Wednesday, 18 July 2012

Populariti Soo Wincci Meningkat Gara-Gara MasterChef Selebriti

Populariti Soo Wincci Meningkat Gara-Gara MasterChef Selebriti

Mesti ramai yang kenal Soo Wincci sekarang.. Di blog ni pun ade banyak entri tentang Soo Wincci.. Semuanya tentang penglibatan dia dalam Masterchef Selebriti Malaysia.. So, jom baca artikel terbaru beliau dalam MStar..



KUALA LUMPUR: Penyanyi dan bekas peserta MasterChef Selebriti Malaysia iaitu Soo Wincci (gambar) mengakui populariti program masakan itu telah melonjakkan namanya di kalangan peminat bukan berbangsa Cina.

Soo Wincci, 26, berkata, sepanjang empat tahun bergelar penyanyi dia tidak pernah mendapat perhatian yang begitu hebat daripada para peminat dan keadaan itu berubah selepas dia menyertai program berkenaan.

"MasterChef Selebriti memang telah mengubah hidup saya sebagai seorang artis dan saya amat bersyukur kerana peminat saya kini bukan sahaja dikalangan kaum Cina tetapi juga Melayu dan India," ujarnya ketika ditemui pada majlis pra-dengar album berbahasa Malaysia pertamanya di sini pada Selasa.

Tambah Soo Wincci, populariti tersebut akan digunakan sebaik-baiknya untuk mengembangkan kerjaya secara lebih menyeluruh pada masa hadapan. Dalam pada itu, Soo Wincci berkata, dia telah lama berhasrat untuk menghasilkan sebuah album berbahasa Malaysia selain amat teruja dapat bekerjasama dengan komposer terkenal iaitu Ajai.

Katanya, Ajai seorang yang sangat teliti dan pada masa sama memahami kehendaknya sebagai seorang penyanyi dan mereka serasi bekerjasama.

"Ajai adalah seorang yang cukup sabar dengan apa yang dilakukan dan sebab itu juga album ini mengambil masa setahun untuk disiapkan. Bagaimanapun saya sangat berpuas hati dengan hasilnya dan tidak sabar untuk peminat mendengarnya. Pada dasarnya saya sudah merakamkan album ini setahun lalu tetapi terpaksa menangguhkannya kerana terlibat dengan pelbagai komitmen. Bukan mengambil kesempatan tetapi saya rasa ini adalah hikmah untuk saya dan populariti yang ada ini harus digunakan dengan sebaik mungkin," katanya.

Sementara itu, Soo Wincci memberitahu single pertamanya sudah pun dilancarkan berjudul Terus Teranglah yang menampilkan penyanyi rap terkenal Joe Flizzow. Bagi album itu nanti ia akan mempunyai empat buah lagu sebagai permulaan dan akan berada di pasaran pada bulan September depan. Empat lagu tersebut adalah Nombor 1, Terus Teranglah, Jangan Risau dan Musim Asmara.

Read more ...

Sunday, 15 July 2012

Fazley dan Angah RL Selebriti ke Grand Final MasterChef Selebriti Malaysia, Wincci, Farouk dan Juliza Tersingkir

15 Julai 202 - Dato' Dr. Fazley dan Angah Raja Lawak, Selebriti ke Final MasterChef Selebriti Malaysia.. Soo Wincci, Juliza Adlizan dan Farouk Hussain Tersingkir !

Terkini tentang MasterChef Selebriti Malaysia, Dato' Fazley dan Angah Raja Lawak akan ke Grand Final MasterChef Selebriti Malaysia atau dengan nama lain, Cabaran Sentuhan Bintang.. Mereka berdua akan bermalam di kamar mewah Cyberview Resort & Spa dan memanjakan diri di Sembunyi Spa sebagai bonus! Peringkat Cabaran Sentuhan Bintang itu nanti bertemakan Dapur ASIA vs Dapur BARAT!

Juliza Adlizan, Farouk Hussain, Soo Wincci terpaksa meninggalkan MasterChef Selebriti Malaysia malam ni.. Juliza Adlizan mewakili Persatuan Angin Ahmar Malaysia dengan derma terkumpul sebanyak RM6500, Farouk Hussain mewakili Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia dengan derma terkumpul sebanyak RM6500 manakala Soo Wincci mewakili Kiwanis Down Syndrome Foundation dengan derma terkumpul sebanyak RM6500.. 



Read more ...

Monday, 9 July 2012

Wincci, Fazley, Juliza, Angah, Farouk Ke Final MasterChef Selebriti Malaysia !! Tiada Penyingkiran..

09 Julai 2012 : Soo Wincci, Dato' Fazley, Juliza Adlizan, Angah Raja Lawak, Farouk Hussain Ke Final MasterChef Selebriti Malaysia !!

Akhirnya terjawab selebriti mana yang akan ke FINAL.. Semua sekali yang berada di Top 5.. Episod penyingkiran kali ini sangat menarik kerana berbeza dari episod-episod yang lain.. Farouk Hussain diumumkan tersingkir pada malam ini.. Apabila Farouk ke pintu keluar, Chef Jo memanggil, "Farouk! Hang nak pi mana!?".. Maksudnya, tiada penyingkiran malam ni.. Semua ke final!


------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Sunday, 8 July 2012

Soo Wincci (Miss World Malaysia 2008) Layak Ke Final MasterChef Selebriti Malaysia !!

08 Julai 2012 : Soo Wincci Layak Ke Final MasterChef Selebriti Malaysia !!


Sedia maklum, malam ni tinggal Juliza Adlizan, Farouk Hussain, Soo Wincci, Dato' Fazley dan Angah Raja Lawak yang akan bertanding di dapur Masterchef Selebriti Malaysia.. Segmen pertama ialah Peti Saji Misteri.. Bahan yang terdapat dalam Peti Saji Misteri ialah Siput Buluh, Buah Markisa, Daun Salam, Lobak Bulat Merah (Radish) dan Jantung Pisang.. Mereka kena memasak at least menggunakan 3 daripada 5 bahan yang diberikan.. Pemenang Cabaran Peti Saji Misteri kali terakhir adalah Juliza Adlizan!

Juliza diberikan keutamaan untuk memilih tema untuk diri sendiri dan semua selebriti yang lain untuk segmen Cipta Rasa.. Cipta rasa kali ini berdasarkan lagu.. Lagu-lagunya ialah : Dari Sinar Mata - Soo Wincci, Manis - Juliza, Ring Ting - Dato' Fazley, Apa Dah Jadi - Farouk Hussain dan Dan Sebenarnya - Angah.. Mereka perlu menyediakan masakan berdasarkan lagu yang telah dipilih.. Mereka terpaksa menginspirasikan lagu berkenaan kepada masakan.. Dan sebagai pemenang segmen Cipta Rasa, beliau layak terus ke FINAL.. Pemenang itu ialah Soo Wincci..

4 lagi selebriti iaitu Juliza Adlizan, Farouk Hussain, Dato' Fazley dan Angah Raja Lawak terpaksa ke pusingan penyingkiran ESOK!

------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Tuesday, 3 July 2012

Azwan Ali, Selebriti Ke-11 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

(03 Julai 2012) Azwan Ali, Selebriti Ke-11 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia


Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Azwan Ali terpaksa meninggalkan gelanggang MasterChef Selebriti.. Untuk episod penyingkiran kali ini, Dato' Fazley, Soo Wincci dan Azwan Ali terpaksa bersaing sesama mereka.. Jadi tinggal 5 selebriti lagi akan bersaing dalam Top 5.. Angah Raja Lawak, Farouk Hussain, Dato' Fazley, Juliza Adlizan dan Soo Wincci.. Azwan Ali mewakili badan kebajikan Taman Sinar Harapan dengan derma terkumpul sebanyak RM 6000..


Masakan terakhir Azwan Ali, Bihun Hailam 'Seafood'

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Sunday, 1 July 2012

Tomok, Selebriti Ke-10 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

(01 Julai 2012) Tomok, Selebriti Ke-10 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia


Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Tomok terpaksa meninggalkan gelanggang MasterChef Selebriti.. Untuk episod penyingkiran kali ini, Angah Raja Lawak, Farouk Hussain dan Tomok terpaksa bersaing sesama mereka.. Ramai yang sudah menjangkakan Tomok yang akan tersingkir..

Tetapi yang memuji Tomok kerana beliau bermula daripada tidak pandai masak, seterusnya bertahan sehingga ke Top 7.. Dan yang perlu dihighlight, Tomok telah masuk 7 kali sesi penyingkiran.. Tomok mewakili badan kebajikan Women's Aid Organization (WAO) dengan derma terkumpul sebanyak RM 5,500..
MASAKAN TERAKHIR TOMOK MALAM NI - Lempeng Bersama Sos Mangga, Strawberi dan Coklat Berperisa Buah-Buahan


Entri : SELEKSI HIMPUNAN GAMBAR : Sekitar Majlis PERSANDINGAN Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer Pada 01 Julai 2012

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. EDISI TERJAH : Kenali Blog Setelah 7 Bulan BerOPERASI.. Alhamdulillah..
>>>> 2. Monsters University
3. GAMBAR : Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer

Read more ...

Tuesday, 26 June 2012

Jehan Miskin, Selebriti Ke-9 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

(26 Jun 2012) Jehan Miskin, Selebriti KeSembilan Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia


Entri INI telah terjawab!! Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Jehan Miskin terpaksa meninggalkan gelanggang MasterChef Selebriti.. Untuk episod penyingkiran kali ini, Soo Wincci, Farouk Hussain, Juliza Adlizan serta Jehan Miskin terpaksa bersaing sesama mereka.. Susah nak jangka siapa yang akan tersingkir sebab kumpulan ini boleh dikatakan diantara yang kuat-kuat.. Hidangan malam ni berasaskan kari..

Soo Wincci diumumkan selebriti pertama daripada 4 yang terselamat malam ni.. Kedua ialah Farouk Hussain.. Juliza Adlizan dan Jehan Miskin masing-masing bottom 2 malam ni.. Tapi nasib tidak menyebelahi Jehan apabila tersingkir malam ni..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

Antara Jehan Miskin, Soo Wincci, Farouk Hussain, Juliza Adlizan : Siapa Akan TERSINGKIR Malam Ni Untuk Masterchef Selebriti..

26 Jun 2012 : Antara Jehan Miskin, Soo Wincci, Farouk Hussain, Juliza Adlizan : Siapa Akan TERSINGKIR Malam Ni Untuk Masterchef Selebriti..

Jehan Miskin, Soo Wincci, Farouk Hussain, Juliza Adlizan akan masuk ke pusingan penyingkiran malam ni.. Salah seorang daripada mereka mungkin akan meninggalkan Masterchef Selebriti yang akan mengikut jejak langkah Dr. Faiz, Salamiah Hasan, Siti Sarah, Serina, Louisa Chong, Raja Azmi, Karl Safek dan Thanuja.. Manakala yang pasti masih kekal ialah Dato' Fazley, Tomok, Angah Raja Lawak dan Azwan Ali..



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...