Showing posts with label Masterchef. Show all posts
Showing posts with label Masterchef. Show all posts

Tuesday, 6 November 2012

Che' Lah Masterchef Musim 2 : 'i nak buktikan pada semua orang bahwa pompuan cantik pun boleh masak tau'

'i nak buktikan pada semua orang bahwa pompuan cantik pun boleh masak tau' - Che' Lah Masterchef Musim 2

Siapa boleh tahu yang ayat kat atas tu, siapa yang cakap!! Haha.. Itu la ayat Che' Lah, peserta Masterchef Musim ke-2.. Kalau search kat google, memang banyak dan pelbagai cerita yang diaorang publish tentang Che' Lah.. Bagi aku, Che' Lah merupakan penyeri dalam Masterchef Musim Ke-2 ni.. 

Kalau siapa-siapa yang follow, mesti korang leh katakan ada sesetengah peserta yang memang bermulut tak makan saman.. Berbeza dengan Che' Lah, walaupun gaya dia ramai yang kata gedik, tapi dia buat hal dia je.. Kalau nak tegur orang pun, dengan senyuman.. Terbaru, Che' Lah mengetuai Kumpulan Merah dan menang.. Good Luck untuk Che' Lah! Siapa tak kenal Che' Lah? Baca info di bawah :


Che’ Lah, bukan sahaja cantik dan pandai bergaya. Ibu kepada empat orang anak ini merupakan seorang kontraktor dan penasihat kecantikan di salun kecantikan yang dijalankan di rumahnya sendiri. Bagi Che’ Lah, usia tidak menjadi penghalang untuk masih aktif bekerja dan pada masa yang sama masih kelihatan cantik dan anggun. 

Selalu disalahertikan kerana penampilannya yang cantik, Che’ Lah ingin membuktikan pada orang ramai yang orang cantik sepertinya mampu menghasilkan hidangan bertaraf lima bintang. Pemilik nama sebenar Kasilah binti Paeng ini seorang yang berfikiran terbuka dan positif. Dia tidak kisah dengan mata-mata kasar yang memperkecilkan kebolehannya kerana dia tidak akan membenarkan krtikan pedas menjatuhkan semangatnya. 

Che Lah yakin dengan pakej yang dimilikinya, dia mampu memberikan saingan yang sengit kepada peserta lain di dalam Masterchef Malaysia Musim kedua.. (COPY PASTE ASTROGEMPAK.COM)

Read more ...

Monday, 16 July 2012

Dato' Fazley JUARA MasterChef Selebriti Malaysia 2012 ! Tahniah !

Dato' Fazley JUARA MasterChef Selebriti Malaysia 2012 ! Tahniah !

Terjawab sudah siapa JUARA MasterChef Selebriti Malaysia 2012 iaitu DATO' FAZLEY.. Sememangnya beliau layak!! Tahniah..



INFO TAMBAHAN

Hidangan Dato' Fazley : #MasterChefMY - Hidangan "Dari Paris Ke London.. Kekasihku" sempena kenangan cinta Dato' Fazley bersama isterinya..

Hidangan Angah Raja Lawak : #MasterChefMY - Hidangan "Cyber" oleh Angah.. sempena lokasi memasak mereka..

#MasterChefMY - Dato' Fazley dan Angah berjaya mengumpul dana sebanyak RM7,500 setiap badan kebajikan.. Dan JUARA akan mendapat tambahan RM50,000 lagi!

Read more ...

Sunday, 15 July 2012

Fazley dan Angah RL Selebriti ke Grand Final MasterChef Selebriti Malaysia, Wincci, Farouk dan Juliza Tersingkir

15 Julai 202 - Dato' Dr. Fazley dan Angah Raja Lawak, Selebriti ke Final MasterChef Selebriti Malaysia.. Soo Wincci, Juliza Adlizan dan Farouk Hussain Tersingkir !

Terkini tentang MasterChef Selebriti Malaysia, Dato' Fazley dan Angah Raja Lawak akan ke Grand Final MasterChef Selebriti Malaysia atau dengan nama lain, Cabaran Sentuhan Bintang.. Mereka berdua akan bermalam di kamar mewah Cyberview Resort & Spa dan memanjakan diri di Sembunyi Spa sebagai bonus! Peringkat Cabaran Sentuhan Bintang itu nanti bertemakan Dapur ASIA vs Dapur BARAT!

Juliza Adlizan, Farouk Hussain, Soo Wincci terpaksa meninggalkan MasterChef Selebriti Malaysia malam ni.. Juliza Adlizan mewakili Persatuan Angin Ahmar Malaysia dengan derma terkumpul sebanyak RM6500, Farouk Hussain mewakili Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia dengan derma terkumpul sebanyak RM6500 manakala Soo Wincci mewakili Kiwanis Down Syndrome Foundation dengan derma terkumpul sebanyak RM6500.. 



Read more ...

Monday, 9 July 2012

Wincci, Fazley, Juliza, Angah, Farouk Ke Final MasterChef Selebriti Malaysia !! Tiada Penyingkiran..

09 Julai 2012 : Soo Wincci, Dato' Fazley, Juliza Adlizan, Angah Raja Lawak, Farouk Hussain Ke Final MasterChef Selebriti Malaysia !!

Akhirnya terjawab selebriti mana yang akan ke FINAL.. Semua sekali yang berada di Top 5.. Episod penyingkiran kali ini sangat menarik kerana berbeza dari episod-episod yang lain.. Farouk Hussain diumumkan tersingkir pada malam ini.. Apabila Farouk ke pintu keluar, Chef Jo memanggil, "Farouk! Hang nak pi mana!?".. Maksudnya, tiada penyingkiran malam ni.. Semua ke final!


------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Sunday, 8 July 2012

Soo Wincci (Miss World Malaysia 2008) Layak Ke Final MasterChef Selebriti Malaysia !!

08 Julai 2012 : Soo Wincci Layak Ke Final MasterChef Selebriti Malaysia !!


Sedia maklum, malam ni tinggal Juliza Adlizan, Farouk Hussain, Soo Wincci, Dato' Fazley dan Angah Raja Lawak yang akan bertanding di dapur Masterchef Selebriti Malaysia.. Segmen pertama ialah Peti Saji Misteri.. Bahan yang terdapat dalam Peti Saji Misteri ialah Siput Buluh, Buah Markisa, Daun Salam, Lobak Bulat Merah (Radish) dan Jantung Pisang.. Mereka kena memasak at least menggunakan 3 daripada 5 bahan yang diberikan.. Pemenang Cabaran Peti Saji Misteri kali terakhir adalah Juliza Adlizan!

Juliza diberikan keutamaan untuk memilih tema untuk diri sendiri dan semua selebriti yang lain untuk segmen Cipta Rasa.. Cipta rasa kali ini berdasarkan lagu.. Lagu-lagunya ialah : Dari Sinar Mata - Soo Wincci, Manis - Juliza, Ring Ting - Dato' Fazley, Apa Dah Jadi - Farouk Hussain dan Dan Sebenarnya - Angah.. Mereka perlu menyediakan masakan berdasarkan lagu yang telah dipilih.. Mereka terpaksa menginspirasikan lagu berkenaan kepada masakan.. Dan sebagai pemenang segmen Cipta Rasa, beliau layak terus ke FINAL.. Pemenang itu ialah Soo Wincci..

4 lagi selebriti iaitu Juliza Adlizan, Farouk Hussain, Dato' Fazley dan Angah Raja Lawak terpaksa ke pusingan penyingkiran ESOK!

------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Tuesday, 3 July 2012

Azwan Ali, Selebriti Ke-11 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

(03 Julai 2012) Azwan Ali, Selebriti Ke-11 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia


Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Azwan Ali terpaksa meninggalkan gelanggang MasterChef Selebriti.. Untuk episod penyingkiran kali ini, Dato' Fazley, Soo Wincci dan Azwan Ali terpaksa bersaing sesama mereka.. Jadi tinggal 5 selebriti lagi akan bersaing dalam Top 5.. Angah Raja Lawak, Farouk Hussain, Dato' Fazley, Juliza Adlizan dan Soo Wincci.. Azwan Ali mewakili badan kebajikan Taman Sinar Harapan dengan derma terkumpul sebanyak RM 6000..


Masakan terakhir Azwan Ali, Bihun Hailam 'Seafood'

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Sunday, 1 July 2012

Tomok, Selebriti Ke-10 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

(01 Julai 2012) Tomok, Selebriti Ke-10 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia


Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Tomok terpaksa meninggalkan gelanggang MasterChef Selebriti.. Untuk episod penyingkiran kali ini, Angah Raja Lawak, Farouk Hussain dan Tomok terpaksa bersaing sesama mereka.. Ramai yang sudah menjangkakan Tomok yang akan tersingkir..

Tetapi yang memuji Tomok kerana beliau bermula daripada tidak pandai masak, seterusnya bertahan sehingga ke Top 7.. Dan yang perlu dihighlight, Tomok telah masuk 7 kali sesi penyingkiran.. Tomok mewakili badan kebajikan Women's Aid Organization (WAO) dengan derma terkumpul sebanyak RM 5,500..
MASAKAN TERAKHIR TOMOK MALAM NI - Lempeng Bersama Sos Mangga, Strawberi dan Coklat Berperisa Buah-Buahan


Entri : SELEKSI HIMPUNAN GAMBAR : Sekitar Majlis PERSANDINGAN Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer Pada 01 Julai 2012

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. EDISI TERJAH : Kenali Blog Setelah 7 Bulan BerOPERASI.. Alhamdulillah..
>>>> 2. Monsters University
3. GAMBAR : Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Reza Syah Azmeer

Read more ...

Saturday, 30 June 2012

Kemunculan Khas Dato' Siti Nurhaliza Dalam MasterChef Selebriti Malaysia Malam Ini

30 Jun 2012 - Kemunculan Khas Dato' Siti Nurhaliza Dalam MasterChef Selebriti Malaysia Malam Ini

Istimewa malam ni dalam Masterchef Selebriti Malaysia ialah kemunculan Dato' Siti Nurhaliza.. Tunggukan kemunculan khas ni.. Video promo, ada di bawah!


VIDEO Promo


--------------------------------------------
Entri sebelum ini yang mungkin korang terlepas : 
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Monsters University



Read more ...

Tuesday, 26 June 2012

Jehan Miskin, Selebriti Ke-9 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

(26 Jun 2012) Jehan Miskin, Selebriti KeSembilan Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia


Entri INI telah terjawab!! Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Jehan Miskin terpaksa meninggalkan gelanggang MasterChef Selebriti.. Untuk episod penyingkiran kali ini, Soo Wincci, Farouk Hussain, Juliza Adlizan serta Jehan Miskin terpaksa bersaing sesama mereka.. Susah nak jangka siapa yang akan tersingkir sebab kumpulan ini boleh dikatakan diantara yang kuat-kuat.. Hidangan malam ni berasaskan kari..

Soo Wincci diumumkan selebriti pertama daripada 4 yang terselamat malam ni.. Kedua ialah Farouk Hussain.. Juliza Adlizan dan Jehan Miskin masing-masing bottom 2 malam ni.. Tapi nasib tidak menyebelahi Jehan apabila tersingkir malam ni..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

Antara Jehan Miskin, Soo Wincci, Farouk Hussain, Juliza Adlizan : Siapa Akan TERSINGKIR Malam Ni Untuk Masterchef Selebriti..

26 Jun 2012 : Antara Jehan Miskin, Soo Wincci, Farouk Hussain, Juliza Adlizan : Siapa Akan TERSINGKIR Malam Ni Untuk Masterchef Selebriti..

Jehan Miskin, Soo Wincci, Farouk Hussain, Juliza Adlizan akan masuk ke pusingan penyingkiran malam ni.. Salah seorang daripada mereka mungkin akan meninggalkan Masterchef Selebriti yang akan mengikut jejak langkah Dr. Faiz, Salamiah Hasan, Siti Sarah, Serina, Louisa Chong, Raja Azmi, Karl Safek dan Thanuja.. Manakala yang pasti masih kekal ialah Dato' Fazley, Tomok, Angah Raja Lawak dan Azwan Ali..



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Monsters University

Read more ...

Monday, 25 June 2012

Thanuja (Miss World Malaysia 2009/2010), Selebriti Ke-8 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

(24 Jun 2012) Thanuja, Selebriti KeLapan Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia



Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Thanuja terpaksa meninggalkan gelanggang MasterChef Selebriti.. Untuk episod penyingkiran kali ini, Tomok, Farouk Hussein, Angah Raja Lawak serta Thanuja terpaksa bersaing sesama mereka.. Ramai yang jangkan Tomok akan tersingkir kerana persembahan hidangan dan komen juri.. Akan tetapi, juri menjelaskan bahawa Tomok masih bernasib baik dan tidak tersingkir kerana mengikut tema yang telah ditetap manakala Thanuja telah lari dari tema asal.


Gambar diatas merupakan hidangan terakhir Thanuja, Minum Petang Kontemporari sebelum tersingkir..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. DiGi’s Promosi Sosial
2. Monsters University

Read more ...

Sunday, 24 June 2012

Antara Tomok, Thanuja, Farouk Hussein, Angah Raja Lawak : Siapa Akan TERSINGKIR Malam Ni Untuk Masterchef Selebriti?

24 Jun 2012 : Antara Tomok, Thanuja, Farouk Hussein, Angah Raja Lawak : Siapa Akan TERSINGKIR Malam Ni Untuk Masterchef Selebriti..

Tomok, Thanuja, Farouk Hussein, Angah Raja Lawak akan masuk ke pusingan penyingkiran malam ni.. Salah seorang daripada mereka mungkin akan meninggalkan Masterchef Selebriti yang akan mengikut jejak langkah Dr. Faiz, Salamiah Hasan, Siti Sarah, Serina, Louisa Chong, Raja Azmi dan Karl Safek..




Entri Menarik :

Read more ...

Tuesday, 19 June 2012

Karl Shafek, Selebriti Ke-7 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

(19 Jun 2012) Karl Shafek, Selebriti KeTujuh Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia



Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Karl Shafek terpaksa meninggalkan gelanggang MasterChef Selebriti.. Untuk episod penyingkiran kali ini, Tomok, Karl Shafek, Farouk Hussein, Soo Wincci, Azwan Ali terpaksa bersaing sesama mereka..


Gambar diatas merupakan hidangan terakhir Karl Shafek sebelum tersingkir..

Read more ...

Monday, 18 June 2012

Raja Azmi, Selebriti Ke-6 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

(17 Jun 2012) Raja Azmi, Selebriti Ke-Enam Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia


Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Raja Azmi terpaksa meninggalkan gelanggang MasterChef Selebriti yang mewakili Rumah Kebajikan Penyayang Bakti Sungai Buloh.. Beliau berjaya menderma sebanyak RM 3500.00..

Gambar diatas merupakan hidangan terakhir Raja Azmi sebelum tersingkir..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Kolej Taylor

Read more ...

Sunday, 17 June 2012

Louisa Chong, Selebriti Kelima Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

(12 Jun 2012) Louisa Chong, Selebriti Kelima Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia


Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Masa Louisa Chong terpaksa meninggalkan dapur MasterChef Selebriti untuk episod minggu lepas.. Ini masakan terakhir Louisa Chong semasa penyingkiran..


Semasa nak umumkan siapa yang tersingkir, tiga selebriti terbawah semalam ini Tomok, Karl Shafek dan Louisa Chong.. Ada kemungkinan besar Tomok yang akan tersingkir kerana episod penyingkiran lepas, dia juga hampir-hampir tersingkir tetapi Serina yang kurang bernasib baik.. Episod ini, rezeki masih memihak kepada Tomok apabila Louisa tersingkir.. Good Luck Tomok..! Tomok diantara peserta muda dalam tu.. Malam semalam bermula saingan untuk minggu ni..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Monday, 11 June 2012

Serina Redzuawan Tidak Setaraf Bapanya, Chef Wan dan Abangnya, Chef Riz?

(10 Jun 2012) Serina Redzuawan, Selebriti Ke-4 Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

Tajuk berkenaan hanyalah semata-mata tajuk.. Kepakaran dan kemahiran ni adalah bergantung kepada masing-masing.. Mungkin tiada rezeki Serina untuk bertahan dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Pertama ni..



Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Terbaru, Serina Redzuawan menjadi selebriti ke-4 yang tersingkir.. Serina mewakili Rumah Ehsan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan derma terkumpul sebanyak RM2500.. Penyingkiran Serina membuatkan Chef Zubir menitiskan air mata.. 

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Resorts World Genting 
Read more ...

Wednesday, 6 June 2012

Siti Sarah Raisuddin, Selebriti Ketiga Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

(05 Jun 2012) Siti Sarah Raisuddin, Selebriti Ketiga Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia


Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Terbaru, Siti Sarah Raisuddin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada semua selebriti yang lain dalam MasterChef Selebriti Malaysia malam tadi.. Sarah mewakili Persatuan Untuk Orang Buta Malaysia. Derma yang berjaya dikumpul ialah RM2000.. Ini masakan terakhir Sarah :


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Info tentang terkini di Genting Highland!
2. Info tentang UEFA EURO 2012..
3. Nescafe UHT
4. Senheng 10

Read more ...

Tuesday, 5 June 2012

Salamiah Hassan, Selebriti Seterusnya Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia

(03 Jun 2012) Salamiah Hassan, Selebriti Seterusnya Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia


Update untuk MasterChef Selebriti Malaysia : Terbaru, Salamiah Hassan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada semua selebriti yang lain dalam MasterChef Selebriti Malaysia malam tadi.. Dengan kata lain, Pertubuhan Medifun Kuala Lumpur yang diwakili Salamiah Hassan menerima sumbangan sebanyak RM1,500.00..
Read more ...

Tuesday, 29 May 2012

Selebriti Pertama Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia : Mejar Dr. Faiz

Selebriti Pertama Tersingkir MasterChef Selebriti Malaysia : Mejar Dr. Faiz


(29 Mei 2012) Selebriti pertama yang tersingkir dari dapur MasterChef Selebriti Malaysia adalah Mejar Dr. Faiz.. Malam ni aku tak sempat nak tengok MasterChef sebab berada di Kuantan.. Disebabkan itu, nanti aku update info penuh lepas ni.. :-)

Publish Postblished with Blogger-droid v2.0.4
Read more ...

Wednesday, 16 May 2012

Info Disebalik MasterChef Selebriti Malaysia! Bakal Muncul 26 Mei 2012!

Serina Redzuan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Dato’ Fazley, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan dan Lousia Chong adalah antara artis yang terlibat..


Buat julung kalinya, Malaysia bakal dipertontonkan dengan aksi selebriti tanah air di dapur dalam program MasterChef Selebriti Malaysia yang akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam 9 malam bermula 26 Mei ini.

Sedia maklum, Dr. Ezani telah pun dinobatkan sebagai juara Masterchef Malaysia yang pertama..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...