Sunday 15 July 2012

Fazley dan Angah RL Selebriti ke Grand Final MasterChef Selebriti Malaysia, Wincci, Farouk dan Juliza Tersingkir

15 Julai 202 - Dato' Dr. Fazley dan Angah Raja Lawak, Selebriti ke Final MasterChef Selebriti Malaysia.. Soo Wincci, Juliza Adlizan dan Farouk Hussain Tersingkir !

Terkini tentang MasterChef Selebriti Malaysia, Dato' Fazley dan Angah Raja Lawak akan ke Grand Final MasterChef Selebriti Malaysia atau dengan nama lain, Cabaran Sentuhan Bintang.. Mereka berdua akan bermalam di kamar mewah Cyberview Resort & Spa dan memanjakan diri di Sembunyi Spa sebagai bonus! Peringkat Cabaran Sentuhan Bintang itu nanti bertemakan Dapur ASIA vs Dapur BARAT!

Juliza Adlizan, Farouk Hussain, Soo Wincci terpaksa meninggalkan MasterChef Selebriti Malaysia malam ni.. Juliza Adlizan mewakili Persatuan Angin Ahmar Malaysia dengan derma terkumpul sebanyak RM6500, Farouk Hussain mewakili Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia dengan derma terkumpul sebanyak RM6500 manakala Soo Wincci mewakili Kiwanis Down Syndrome Foundation dengan derma terkumpul sebanyak RM6500.. 



2 comments:

  1. hopefully dato' fazley menang :)

    ReplyDelete
  2. yeayy fazley menang hehehhee...xsangka angah dpt masuk final hehehe


    do visit n follow yer
    http://myaleo.blogspot.com/2012/07/selamat-ulang-tahun-tunangku.html

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.