Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts
Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts

Monday, 22 July 2013

Drama Anugerah Dendam Yang Terindah

Drama Anugerah Dendam Yang Terindah
Drama Anugerah Dendam Yang Terindah

Drama Anugerah Dendam Yang Terindah | Assalamualaikum w.b.t.. Pada TUESDAY, 18 SEPTEMBER 2012 yang lepas, Eraz ada buat entri tentang (GAMBAR) Gabungan Terbaru Aaron Aziz dan Nadiya Nissa : Anugerah Dendam Yang Terindah.. Selepas sekian lamanya berita drama Anugerah Dendam Yang Terindah tersebar, akhirnya pada 25 JULAI 2013 ini akan ditayangkan di Astro First Saluran 480.. 

Tentang sinopsis, jalan cerita, senarai OST drama Anugerah Dendam Yang Terindah ni, Eraz tak berapa sure sangat.. Eksklusifnya drama ni ialah ditayangkan di Astro First.. Nampaknya siapa-siapa yang nak tengok, kena la langgan.. Apa-apa pun, itu sahajalah info yang Eraz boleh beritahu.. 





Read more ...

Thursday, 10 January 2013

Episod Akhir Drama Adam & Hawa

Episod Akhir (80) Drama Adam & Hawa

Episod Akhir Drama Adam & Hawa

Episod Akhir Drama Adam & Hawa

Episod Akhir Drama Adam & Hawa

Assalamualaikum.. Sedia maklum, ramai yang sudah tahu malam ini merupakan episod 80 atau dengan kata lain, episod akhir untuk drama siri Adam & Hawa.. Gambar-gambar di atas merupakan Sidang Media Prebiu Episod Akhir Adam Hawa.. Kredit pada page facebook Adam & Hawa.. Siapa yang dah tahu jalan cerita atau sinopsis episod akhir drama Adam & Hawa? Siapa yang baca novel, mesti dah tahu.. 

Pihak produksi dengan istimewanya buat satu event sempena episod akhir drama Adam & Hawa ni.. Ini kata penerbit drama ini, Datin Zaiton Muhd Jiwa, “Datanglah ke Kari Kepala Ikan Kampung Pandan di Jalan Yap Kwan Seng malam nanti…Kita tonton Adam dan Hawa ramai-ramai…Meriah sikit…tapi jangan sampai mencetuskan huru hara sudahlah..”

Read more ...

Tuesday, 18 December 2012

Drama Adam & Hawa Episod 66 (Selasa)

Drama Adam & Hawa Episod 66 (Selasa) - 18 Disember 2012


Malam ni - 18 Disember, Episod 66 untuk Adam & Hawa.. Entri Adam & Hawa ni E'raz publish bagi episod-episod yang rasanya ada isu untuk E'raz tulis.. Malam ni Ain dapat tanda-tanda pregnant.. Episod 67 esok, rasanya Azie akan bawa Ain ke klinik untuk medical check up.. Apa yang nak dikatakan tentang SMS kat atas tu..

SMS nampaknya isteri sedang meminta perhatian suami.. Saat-saat dapat simptom macam tu, suami memang diperlukan untuk beri support.. Walaupun ia hanyalah drama, realiti pun sama je sebenarnya.. Kesian duk tahan sakit sorang2.. Bayangkan kalau cramp time duk sorang2.. Hohoho..  Motif entri?? Hehe..

Assalamualaikum dan Selamat Malam..

Read more ...

Thursday, 13 December 2012

(VIDEO) Parodi Drama Adam & Hawa di MeleTop! Terbaik!

(VIDEO) Parodi Drama Adam & Hawa di MeleTop! Terbaik!

Siapa yang belum tengok lagi video parodi ni? Memang terbaik lah! Suara dialih oleh Jihan dan Azrul Raja Lawak.. Try tengok dulu camne.. Pastu sila komen apa pendapat korang.. Ready untuk gelak ya.. Cool!




Read more ...

Thursday, 8 November 2012

Drama Adam & Hawa Episod 44 (Khamis)


Malam ni - 08 November, rasanya episod 44 untuk Adam dan Hawa.. Sah-sah ramai yang tengah tengok sekarang.. Kalau tak silap E'raz sebagai sinopsis untuk korang, malam ni Azie dan Johan akan kantoi dengan Ain kan.. Jika tak salah la.. E'raz sendiri pun tak tengok sebab berada di Penang sekarang.. Balik nanti la tengok apa yang di rekod.. Jalan cerita kantoi macamana tu, kena la tengok sendiri.. Tapi rasanya melalui handphone Azie yang tertinggal di rumah.. Mula la saat dua sejoli antara Ain dan Am berbaik.. Lepas ni mereka gaduh semula ke Itu hanya pembaca novel je boleh ceritakan.. Haha.. Siapa tahu?? ;)

#Dah malas layan TV malam ni..!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Read more ...

Monday, 29 October 2012

FAKTA! Aaron Aziz Terkena Jangkitan Pneumonia..

| FAKTA! Aaron Aziz Terkena Jangkitan Pneumonia | - Disahkan oleh Isteri, Diyana Halik

Info khas untuk peminat-peminat Aaron Aziz.. Aaron dikatakan telah dimasukkan ke hospital pagi semalam akibat Pneumonia iaitu sejenis jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh berlaku akibat demam tetapi telah disahkan keluar hospital malam tadi..

Aaron dikatakan ‘berdegil’ untuk keluar hospital dan berita tersebut telah disahkan oleh isterinya sendiri, Diyana Halik melalui laman Twitter lewat malam tadi.. Semangat betul Aaron mencari rezeki untuk anak isteri.. Harap semuanya akan OK..




Entri menarik yang mungkin menarik minda korang :
Lagi Kes Jejaka Berwajah Jambu, Dituduh GAY! Mangsa, Pemain Bola Sepak Kelantan, Afiq Azmi..

Read more ...

Sunday, 7 October 2012

Kenyataan Aaron Aziz : Berikutan Kalah Pada Zizan di Anugerah Blockbuster

Aaron Aziz : Berikutan Kalah Pada Zizan di Anugerah Blokbuster

Kenyataan Aaron Aziz : Berikutan Kalah Pada Zizan di Anugerah Blockbuster

Sedia maklum Aaron Aziz telah ditewaskan oleh Zizan Razak untuk kategori Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blockbuster.. Sejurus selepas pengumuman itu, Aaron telah tweet minta maaf kepada semua peminatnya terutama Aarontors.. Tak de rezeki Aaron malam tadi..
Read more ...

Saturday, 6 October 2012

Zizan Kalahkan Aaron Aziz! Yana Samsudin Kalahkan Maya Karin & Lisa Surihani!

Zizan Kalahkan Aaron Aziz! Yana Samsudin Kalahkan Maya Karin & Lisa Surihani!


Mesti semua dah sedia maklum tentang Senarai Penuh Pemenang Anugerah Blokbuster malam ni kan.. Susah nak komen tentang semua yang berlaku di Anugerah Blokbuster ni.. Cam ada sesuatu yang tak kena.. Tak kena mungkin dari segi pemilihan tema, pemilihan penyampai anugerah, pemilihan artis persembahan dan maybe gak pengacara.. Aku kecewa jugak sebenarnya Nadiya Nissa kalah pada Tasha Shila untuk Anugerah Heroin Baru Terhebat.. Hehe..

Tapi lebih menarik apabila Zizan Razak berjaya kalahkan Aaron Aziz untuk kategori Anugerah Hero Terhebat.. Begitu juga dengan Anugerah Heroin Terhebat yang mana Yana Samsudin kalahkan Maya Karin dan Lisa Surihani.. Mungkinkah sebab mereka tercalon untuk dua buah filem so undian mereka berpecah? Apa-apa je la.. Hehe..

Read more ...

Tuesday, 18 September 2012

(GAMBAR) Gabungan Terbaru Aaron Aziz dan Nadiya Nissa : Anugerah Dendam Yang Terindah

Drama Gabungan Terbaru Aaron Aziz dan Nadiya Nissa : Anugerah Dendam Yang Terindah

Sedia maklum yang drama Adam dan Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa sedang rancak ditayangkan di Astro Mustika HD.. Dalam pada menonton drama berkenaan, mereka sekali lagi telah digandingkan dalam drama Anugerah Dendam Yang Terindah.. Gambar di bawah Eraz kidnap daripada Facebook Rasmi Drama Anugerah Dendam Yang Terindah.. 

Mungkinkah drama ini sehebat Adam & Hawa? Kena tunggu tayangan.. Dengarnya, drama ni adalah terbitan yang sama dengan drama Adam & Hawa iaitu Global Station Sdn Bhd.. Adakah akan ada lagu tema, OST macam Muara Hati? Tunggu dan lihat.. 





Read more ...

Wednesday, 12 September 2012

(VIDEO) Drama Adam & Hawa Episod 11

(VIDEO) Drama Adam & Hawa Episod 11

(VIDEO) Drama Adam & Hawa Episod 11


Tiba2 terlintas untuk aku buat entri pasal Drama Adam & Hawa Episod 11 ni.. Episod 10 dan Episod 11 adalah aku rase paling menarik di antara semua episod setakat ni.. Memang tak salah produksi memilih Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani sebab sememangnya dia adalah terbaik!

"kau nak aku sepak muka kau ke ha? kuang haja laki tak guna.. jgn biar muka kau lalu depan mata aku sampai mati pun aku benci kau.."


Itu adalah dialog Ain kepada Am selepas dia tersedar dan tup2 dah dinikahkan.. Antara sorotan Drama Adam & Hawa Episod 11, korang boleh tengok VIDEO di bawah :


Manakala scene dialog diatas, korang boleh tengok ni minit 6:18 video di bawah ni..


Read more ...

Tuesday, 11 September 2012

(VIDEO) Drama Adam & Hawa Episod 10

11 September 2012 - (VIDEO) Drama Adam & Hawa Episod 10 : Scene Tangkap Khalwat Antara Am dan Ain


Mesti ramai yang menanti klimaks pertama episod awal Drama Adam & Hawa.. So malam ni adalah episod yang memaparkan scene Am dan Ain yang akan ditangkap khalwat setelah di'tangkap' bersama-sama di dalam rumah Am.. Siapa yang dah baca novel, mesti dah tahu sebab kenapa Ain memasuki rumah Am pada waktu berkenaan.. So, pada semua peminat Adam & Hawa, malam ni pukul 10 malam, jangan lupa tengok di Astro Mustika HD! Mesti ramai yang mencari link untuk download kan.. Itu Eraz tak boleh tolong.. ;)

Video di bawah merupakan himpunan scene-scene menarik yang ada didalam drama Adam & Hawa.. 

Scene malam ni ade di minit 5:50

--------------------------------------------
Read more ...

Monday, 27 August 2012

Drama Adam & Hawa

Episod 1 : Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD


Selesai drama Adam & Hawa malam ni.. Episod 1 berlalu dengan ....... agak slow kot.. Tak sangka jugak durasi drama ni hanya 30 minit untuk 1 episod.. Patut la banyak giler episod untuk dihabiskan.. Masa dengar2 drama ni nak dibuat, mati2 ingat Osman Ali yang direct! Tapi rupenye Feroz yang jadi director..

Nak review episod pertama, rasenye bukan kemahiran aku kot.. So ape pendapat korang..? Kite kumpulkan kt cni.. Mesti ade pelbagai pendapat lepas smua dah tengok episod 1 tadi.. Ke ade yang boleh download drama ni di internet.. Youtube, maybe ade la tu nanti..

Yang paling menarik skang ni ialah OST drama Adam & Hawa ni.. Gabungan Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz AF7.. Tajuk lagu tu ialah Muara Hati.. Betul kan? Dah ada kat youtube kalau korang nak layan.. MP3 pun dah boleh download dah.. Korang search je.. Termasuk lah lirik.. Mula2 heran jugak cmne Siti leh nyanyi lagu OST ni.. Rupe2nye, kak ipar dia penerbit.. Patutlaaaa... :-)

Tentang pelakon, memang pelakon dah ada nama.. Aaron Aziz memang tak payah sebut la.. Heroin, memang pelakon ni sangat berbakat.. Sebelum ni dah menang dua anugerah.. Dua2 untuk filem Cun.. Nadiya Nissa.. Kalau korang perasan, di blog ni memang ada entri memperkenalkan Nadiya Nisa (KLIK untuk info tentang Nadiya).. Anzalna? Pun korang dah kenal.. Makeup memang buat dia nampak garang! haha.. Just for info, di awal kemunculan Nadiya Nissa dulu, dia pernah berlakon dalam video klip BISAKAH nyanyian Dato' CT..

Ape2 pun, layan je la untuk episod 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan seterusnye.. Watak Ain sekarang tengah ceria2 lagi.. Mungkin lepas ni akan mula sisi sedih dia.. Layaaaannnnn.. Idea asal entri ni adalah kerana terkejut 1 episod hanya setengah jam.. Sekali dah panjang berjela karang.. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Read more ...

Saturday, 25 August 2012

Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD

Sinopsis Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD Lakonan Aaron Aziz, Nadia Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim, Amyza Adnan, Aznah Hamid, Rozie Rashid 


Mesti korang dah lama dengar tentang drama bersiri 80 episod Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd ni kan.. Sekarang dah keluar iklan promo di Astro Mustika HD.. Giler clear gambar bila tengok di TV HD.. Drama ni akan dimainkan di saluran 134 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 ini..

Drama ni lakonan Aaron Aziz, Nadia Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim, Amyza Adnan, Aznah Hamid, Rozie Rashid.. Sedia maklum drama ni diadaptasi daripada novel penulis Aisha Sofea ini.. Selain ni lagu tema drama ni ialah Muara Hati nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dengan Hafiz..

Sinopsis Adam dan Hawa

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadika milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin.. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi..

Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam.. Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy..

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam.. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela..

Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.. Akhirnya mereka berkahwin, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami..

Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun.. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah.. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam..

SUMBER

Read more ...

Wednesday, 15 August 2012

Iklan Raya Astro 2012 - Kisah Raya Erra Fazira, Aaron Aziz, Aznil Hj. Nawawi

Iklan Raya Astro 2012 - Kisah Raya Erra Fazira, Aaron Aziz, Aznil Hj. Nawawi - #AstroRaya


(Video) Erra Fazira
(Video) Aaron Aziz
(Video) Aznil Hj. Nawawi
Read more ...

Sunday, 5 August 2012

GAMBAR Terbaru Aaron Aziz Bersama Isteri dan Anak-Anak

GAMBAR Terbaru Aaron Aziz Bersama Isteri dan Anak-Anak



Isteri : Diyana, Anak : Danish Anaqi, 8, Dwi Ariana, 6, dan Dahlia Arissa, 2


Read more ...

Monday, 16 July 2012

[MTV] Sleeq & Najwa Latif - Untuk Dia (Penampilan Khas Aaron Aziz, Siti Saleha)

Video Klip lagu Untuk Dia, Nyanyian Sleeq & Najwa Latif 

Lagu ni diantara yang hot sekarang.. Lagu yang simple dan santai.. Video Klip pun menarik.. Yang specialnya adalah kemunculan Aaron Aziz dan Siti Saleha.. Gabungan semula dari drama 'Nora Elena'.. Cool.. Jom layan.. 

--------------------------------------------
Read more ...

Sunday, 24 June 2012

TERJAWAB: Aaron Aziz, Kini Sah Penduduk Tetap Malaysia.. Jom Baca KENYATAAN Aaron Sendiri..

TERJAWAB: Aaron Aziz, Kini Sah Penduduk Tetap Malaysia.. Jom Baca KENYATAAN Aaron Sendiri..



Aaron Aziz bercakap kepada Sensasi Bintang mengakatakan Aaron mengesahkan dia dan isterinya kini pemegang MyPR.

"Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum. Saya fikir, perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan. Tetapi, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan.


"Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak," akui Aaron




Read more ...

Thursday, 26 April 2012

Aaron Aziz : Hos Fear Factor Malaysia

Aaron Aziz : Hos Fear Factor Malaysia


Buat julung kalinya, Aaron juga bakal beraksi selaku hos program realiti televisyen popular berkonsepkan gameshow iaitu Fear Factor yang akan memulakan penggambaran di Afrika pada Oktober ini.

"Sebelum ini, saya hanya menonton siri tersebut menerusi kaca televisyen dan tidak lama lagi, saya akan berhadapan dengan aksi-aksi lasak yang menjadi intipati program itu.

"Selaku pengacara, saya tidak terlepas daripada melakukan stunt-stunt yang ekstrem bagi membuktikan kelayakan saya memegang status hos program itu nanti," katanya yang mengakui teruja dengan tawaran tersebut.

Bakal menampilkan 30 selebriti tempatan sebagai peserta, Aaron berkata, terdapat kelainan pada siri realiti itu kelak.

"Menerusi terbitan kali ini, ia tidak akan melibatkan peserta untuk memakan makanan pelik tetapi hanya menjurus kepada aksi ekstrem yang menggerunkan sahaja," tambahnya.

Aaron & Zizan Jadi Pelaris Dunia Permotoran


KACAK dan bergaya. Malah masing-masing juga sinonim dengan gaya maskulin. Tidak hairanlah andai mereka bukan sahaja menjadi pujaan ramai tetapi juga rebutan untuk dijadikan jurucakap mahupun duta produk.

Sesuai dengan minat yang begitu mendalam dalam dunia permotoran, kedua-dua bintang popular dan pengacara popular itu telah dilamar Kumpulan Mutiara Motors sebagai duta produk syarikat pengedar kenderaan mewah tersebut.

Apatah lagi sebagai bintang popular, kedua-dua aktor tersebut dilihat mampu dijadikan pelaris bagi merangsang penjualan kereta mewah syarikat berkenaan.

Berkesempatan menghadiri majlis makan malam yang diadakan sempena pengumuman Zizan selaku duta baru syarikat itu di The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, Johor, baru-baru ini, Hits mendekati kedua-dua pelakon filem KL Gangster tersebut untuk bertanyakan kerjasama itu selain perkembangan seni terkini mereka.

Aaron cuba lakukan terbaik

Lupakan seketika kontroversi kemenangan Aaron yang dipertikai oleh sesetengah pihak, aktor itu menjelaskan bahawa keterbukaan hatinya untuk menerima lamaran syarikat itu sebagai duta selama dua tahun bermula September tahun lepas bukanlah disebabkan wang ringgit semata-mata.

Sebaliknya kata Aaron, ia adalah kerana keterujaan terhadap deruman enjin kereta sports dan mewah yang menjadi faktornya menerima pelawaan daripada pemilik syarikat itu, Datuk Ahmad Kemin.

"Saya sememangnya menyukai aktiviti permotoran dan tidak melepaskan peluang mengikuti perkembangan sukan tersebut sama ada di dalam ataupun luar negara di samping menyertai program berkonvoi yang dianjurkan pelbagai pihak.

"Ditambah pula, syarikat ini merupakan milik anak Melayu tempatan, ia menjadi daya penarik kepada saya untuk bekerjasama dengannya.

"Ini kerana latar belakang Datuk (Ahmad) sendiri yang bukanlah orang senang tetapi beliau berusaha keras untuk berada di tahap sekarang menyebabkan saya terpikat untuk berkerjasama," katanya.

Ujar Aaron, semangat jitu pemilik syarikat itu memberinya inspirasi untuk terus melangkah dengan lebih yakin sebagai artis tersohor di negara ini.

Bergelar duta kepada syarikat tersebut, Aaron dihadiahkan dengan dua buah kereta kegilaan anak muda masa kini iaitu Lexus IS250 dan Nissan GTR 35 selain memiliki sebuah BMW 5 Series.

Justeru kata Aaron, dia akan mencuba sedaya upaya untuk melaksanakan amanat yang diberikan itu selain membantu meningkatkan lagi kuantiti jualan syarikat tersebut.

Bukan itu sahaja, Aaron turut bertindak selaku duta produk minuman Drive M7 yang merupakan keluaran anak syarikat kumpulan tersebut iaitu M7 Co. Ltd (M7).


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Tuesday, 10 April 2012

ABPBH 2011 : Pemenang Kategori Online (5 Kategori)

- Kategori Artis Asia Paling Popular, Artis Lelaki Paling Popular, Artis Wanita Paling Popular, Artis Lelaki Anggun Bergaya, Artis Wanita Anggun Bergaya -


Sedia maklum, ABPBH 2011 kali ni menganjurkan 5 Kategori Online. Pemenang dipilih berdasarkan undian secara online di laman web rasmi ABPBH 2011. Dan pemenang-pemenangnya :

Artis Asia Paling Popular
Super Junior

Artis Lelaki Paling Popular
Aaron Aziz

Artis Wanita Paling Popular
Stacy

Artis Lelaki Anggun Bergaya
Adi Putra

Artis Wanita Anggun Bergaya
Ziana Zain


INFO ni aku dapat daripada Berita Haria hari ni..


--------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Monday, 9 April 2012

Ada Apa Dengan Angka 87,669 Dalam ABPBH 2011? Siti Nurhaliza Terima Anugerah Seri Perak, Aaron Aziz Artis Paling Popular ABPBH2011

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Seri Perak, Aaron Aziz Artis Paling Popular ABPBH2011




Aaron Aziz dipilih sebagai Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 87,669 undi

GENTING HIGHLANDS: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mencipta sejarah apabila menerima Anugerah Seri Perak, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) bersempena dengan sambutan kali ke-25 acara itu.

Siti yang sebelum ini pernah merangkul anugerah Bintang Paling Popular sebanyak tujuh kali menewaskan nama besar lain seperti Datuk M Nasir, Datin Sofea Jane, Ziana Zain, Eman Manan, Nabil (Raja Lawak) dan Shahiezy Sam.

Manakala pelakon Aaron Aziz dipilih sebagai Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 87,669 undi.

Aaron turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada malam itu.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang muzik selama hampir 30 tahun.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, stesen radio Hot FM pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Maya Karin mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi 3 Suara yang dianggotai oleh Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Ning Baizura manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Yuna buat dua tahun berturut-turut.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Fizz Fairuz dan Fasha Sandha.

Hero drama Juvana, Johan As'ari memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala, Tasha Shila meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon drama dan pengacara, Didie Alias pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala memenangi Artis Komedi Lelaki Popular adalah Johan (Raja Lawak).

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.

Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mencipta sejarah apabila berjaya menewaskan Aznil Nawawi dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular yang disandangnya sembilan tahun berturut-turut.

Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh empat pengacara iaitu Zizan, Raja Azura, Sharifah Shahira dan Didie Alias.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Black, Amy Search, Siti, Stacy, Anuar Zain dan sebagainya.

ABPBH 2010 ialah edisi ke-25 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Edisi kali ini ditaja oleh Lux sebagai penaja utama.


Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...