Showing posts with label Mstar. Show all posts
Showing posts with label Mstar. Show all posts

Sunday, 30 December 2012

Real Man Don't Rape

'Lelaki Sejati Tidak Merogol'

"Real Man Don't Rape"

"Real Man Don't Rape" (Lelaki Sejati Tidak Merogol) merupakan sepanduk salah seorang daripada ribuan penunjuk perasaan dalam perhimpunan di New Delhi.. Peristiwa ini berlaku selepas kematian seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa rogol berkumpulan.. Mangsa yang dirogol dengan kejam di dalam sebuah bas itu meninggal dunia di hospital selepas beberapa organnya gagal berfungsi kerana kecederaan dalaman yang teruk..

Untuk berita penuh, korang boleh baca entri ini, Penyerang Kes Rogol Berkumpulan Di India Hadapi Pertuduhan.. Didalam entri itu menceritakan tentang kekejaman yang telah diperlakukan oleh penyerang berkenaan.. Dituliskan juga kumpulan lelaki memasukkan batang besi ke dalam badan wanita itu sehingga menyebabkan kerosakan organ yang teruk.. Astagfirullahaladzim.. Mana la letaknya keperikemanusiaan.. 

Read more ...

Monday, 22 October 2012

Perlancaran iPad Mini Oleh Apple

Perlancaran iPad Mini Oleh Apple

Mungkinkah ini iPad Mini itu?

Dapat hidu berita tentang iPad Mini oleh Apple di mStar Online.. Wow.. Mesti ramai yang teruja.. Aku sendiri, setia je la dengan Tab yang masuk umur setahun tu.. Bajet kurang.. Hehe..

"Beberapa minggu selepas pelancaran bersejarah iPhone 5, Apple muncul dengan satu lagi gajet yang dijangka mendapat sambutan hangat iaitu versi mini tablet iPad keluarannya.. Apple menghantar jemputan bagi majlis pelancaran di San Jose, California esok tetapi tidak menyatakan maklumat lengkap seperti selalu dilakukannya dengan hanya berkata: "Kami ada lebih lagi untuk dipersembahkankan kepada anda.."

"Laporan dan khabar angin mengenai kemunculan iPad Mini sudah merebak selama berbulan-bulan tetapi Apple enggan membuat ulasan.. Bagaimanapun, laman blog yang memantau Apple berkata, tablet baru itu akan dijual pada harga antara AS$249 dan AS$399 yang mungkin memberi saingan kepada pesaing seperti Amazon Kindle Fire.."

Sumber : mStar

Read more ...

Thursday, 11 October 2012

No 1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal

No 1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal


No 1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal? Wow.. Panjang giler tajuk filem.. Filem ini berkisarkan tentang Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sepanjang perjalanannya ke angkasa lepas.. Filem itu bakal menggabungkan elemen imej janaan komputer (CGI) dan 3D bersama visual asal yang dirakamkan sendiri oleh Sheikh Muszaphar semasa berada di angkasa lepas.. Jangkaan ditayangkan ialah Mac tahun hadapan..

Sebagai sinopsis, No 1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal adalah sebuah kisah benar yang dirakamkan Sheikh Muszaphar di dalam kapal angkasa SOYUZ TMA-11 milik Russian Federal Space Agency yang mengorbit di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari 10 Oktober 2007 sehingga 21 Oktober 2007..

Sumber : mStar

Entri Menarik Lain :
Read more ...

Friday, 28 September 2012

Isi Kandungan Belanjawan 2013 | 28 September 2012

Isi Kandungan Belanjawan 2013 | 28 September 2012

Gambar Sumber mStar Online

Mesti ramai yang menunggu Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ni 28 September 2012.. Ada yang melaporkan, jangkaan meneruskan Dasar Afirmatif & Tingkatkan Kualiti Hidup Rakyat.. Tak faham? Susah nak explain.. So boleh klik mStar Online untuk penjelasan.. Bagi yang ingin membaca beberapa jangkaan yang dibuat, korang juga boleh klik mStar Online untuk berita lanjut..

Read more ...

Tuesday, 18 September 2012

Kisah 'Pengamal Perubatan' Cuba Melakukan Seks Ke Atas Pesakit

Kisah 'Pengamal Perubatan' Cuba Melakukan Seks Ke Atas Pesakit


Terbaru di mStar Online, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) telah menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas pesakit wanitanya di sebuah rumah di Kampung LBJ di Seremban.. Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari, ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa.. Pegawai Jheains menahan supek (tidak berbaju) ekoran kejadian itu..

Berhati-hatilah wahai semua rakyat-rakyat jelata tak kira dimana anda berada.. Di dunia sekarang, pelbagai cara orang lakukan hanya untuk memuaskan diri masing-masing.. Jagalah diri masing-masing sebaik mungkin..

Read more ...

Saturday, 11 August 2012

Berita TERKINI : Monorel Terkandas Di Brickfields !

Berita TERKINI 11 Ogos 2012 : Monorel Terkandas Di Brickfields !


Perkhidmatan monorel RapidKL terkandas secara tiba-tiba pada pukul 2 petang apabila sebuah gerabak berhenti di depan flat di Brickfields.. Para penumpang terpaksa dikeluarkan daripada gerabak lain dengan menggunakan skylift..

Seorang wanita yang sedang sarat mengandung pengsan manakala dua lagi penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki ekoran terkena kaca yang pecah.. Ketiga-tiga mereka dikejarkan ke Hopsital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil.

Apabila dihubungi, RapidKL memberitahu mereka sedang meneliti punca gerabak itu terkandas.. Sumber : mStar Online


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
(Entri 1) KISAH Sharifah Sofia Dihalau Dari Disko Kerana Muncul Berhijab

Read more ...

Monday, 6 August 2012

KISAH Keluarga Allahyarham Pelakon Veteran, Ibrahim Pendek Dapat Tanah, Rumah Baru

KISAH Keluarga Allahyarham Ibrahim Pendek Dapat Tanah, Rumah Baru



Semasa 'lepak' di MStar Online tadi, terbaca KISAH Keluarga Allahyarham Ibrahim Pendek.. Sedikit tentang berita berkenaan ialah penderitaan keluarga pelakon veteran Allahyarham Ibrahim Pendek yang mendapat pembelaan apabila kerajaan negeri Melaka bersetuju untuk menghadiahkan mereka sebidang tanah dan rumah baru.. Alhamdulillah, di bulan baik, bulan ramadhan ni, mereka dibantu..

Untuk berita yang lebih detail, korang boleh baca SINI.. Isteri Arwah, Asiah Othman, tinggal bersama enam orang anak dan 10 orang cucu di rumah berkenaan yang sempit selepas Ibrahim meninggal dunia pada November 2003 akibat asma.. Anak keempat Allahyarham iaitu Aidid Ibrahim,berkata, adik-beradiknya yang berusia antara 29 hingga 40 tahun hanya bekerja menjual nasi lemak dan roti canai di Lereh dekat sini sejak sekian lama untuk menampung hidup..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Read more ...

Tuesday, 31 July 2012

RENTETAN Kes IJAZAH Palsu : Majikan Dinasihat Periksa Ijazah Pekerja

RENTETAN Kes IJAZAH Palsu : Majikan Dinasihat Periksa Ijazah Pekerja

"Saya nasihatkan majikan supaya melakukan pemeriksaan terhadap latar belakang pekerja jika mempunyai alasan kukuh yang mereka mungkin memiliki ijazah palsu," kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung.

Majikan dinasihat membuat pemeriksaan terhadap latar belakang bakal pekerja mereka bagi mengelak daripada mengambil kerja mereka yang memiliki ijazah palsu.. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung, menegaskan terdapat laporan mengenai kes penjualan ijazah palsu termasuk yang dikeluarkan oleh universiti asing yang tidak wujud serta ijazah palsu yang kononnya dikeluarkan oleh universiti tempatan.

Timbalan Pendaftar Unit Perhubungan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM), Mohamad Abdullah berkata universiti itu sentiasa menjalin hubungan baik dengan para majikan. "Terdapat majikan yang menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat mengenai bakal pekerja mereka tetapi kebanyakannya ialah syarikat Singapura. Syarikat tempatan ada berbuat demikian tetapi tidak banyak," katanya.- Mstar.com

p/s : Sesiapa yang terlibat, baik la mengaku awal sebab kalau dah terkena, menyesal tak sudah nanti.. Apa-apa pun, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.. :)

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Monday, 30 July 2012

Kelibat UFO Dilihat Di Sunway Mentari?

Kelibat UFO Dilihat Di Sunway Dipaparkan di YouTube?

Hanya Gambar Hiasan

Masa jelajah Mstar Online tadi, tertarik dengan satu tajuk ni.. 'Kelibat UFO Dilihat Di Sunway Dipaparkan di YouTube?'..  Dalam artikel tu beritahu tentang rakaman video di You Tube mengenai kelibat UFO dilihat di Sunway Mentari.. Tetapi kesahihan tersebut telah dinafikan oleh pakar yang menjelaskan bahawa apa yang berlaku hanyalah satu fenomena alam..

Juruvideo bernama John Tan melihat cahaya bintang yang sangat terang dan berseri serta kelipan cahaya lampu berwarna warni ketika dia sedang menikamati makan malam di sini dua minggu lalu.. Dengan peralatan ditangan dia terus merakamkan insiden tersebut dengan disertakan komentar lucu daripada rakan-rakan yang turut serta dalam makan malam bersamanya..

Ada seorang pengulas YouTube menjelaskan teori yang mengatakan bahawa ia hanyalah layang-layang yang diterangkan, Tan enggan menerima pendapat tersebut sebaliknya dia menegaskan bahawa malam tersebut tidak ada angin langsung..

Maklumbalas daripada Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata memberitahu masih terlalu awal untuk menyatakan layang-layang terlibat dalam fenomena tersebut..

Bagaimanapun Ketua Pengarah Angkasa, Dr Mustafa Din Subari agak skeptikal dengan dakwaan kewujudan makhluk asing yang mempunyai senjata canggih untuk turun dan membuat lawatan ke Bumi.. 

Sementara itu, angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata sudah pasti ada satu penjelasan logik mengenai apa yang berlaku..

"Satu daripada alasan kami pergi ke angkasa adalah untuk melihat sama ada terdapat bentuk hidupan lain di luar sana. Makhluk asing atau tidak, tidak ada bukti lagi dan kami masih mencarinya," katanya.. Ketika ini rakaman video misteri Tan masih belum diterangkan dan perkara sebenar belum dapat dirungkaikan..

Mungkin inilah VIDEO yang diperkatakan : YOUTUBE

--------------------------------------------
Read more ...

Thursday, 19 July 2012

2012 : Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Sabtu

2012 : Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Sabtu, 21 Julai 2012



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...