"Alhamdulillah nampaknya hati saya telah terbuka untuk berhijab pada ulang tahun hari lahir saya yang ke-34 baru-baru ini.. Syukur, saya sangat gembira dengan perubahan in." - Dato' Siti Nurhaliza yang sempat menyanyikan lagu Kenangan Terindah di Majlis Resepsi Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Leuniey Natasha Jaafar di Hotel Royale Bintang Damansara..
P/S : mulakan entri pasal Dato' Siti Nurhaliza di pagi hari Isnin.. Selamat memulakan kerja di hari pertama minggu ini.. Mulakan hari ini juga dengan senyuman.. Peace no war..
(KOLEKSI GAMBAR) Majlis Perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Nur Eilunie Natasha Jaafar di Hotel Renaissance, Kelantan - 30 Disember 2012 (Ahad)
Majlis Resepsi penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Nur Eilunie Natasha Jaafar berlangsung di Hotel Renaissance, Kelantan, kira-kira pukul 8.00 malam semalam.. Tahniah sekali lagi diucapkan dan didoakan semoga kekal hingga ke akhir hayat serta bahagia selamanya.. Lagi gambar terkini, boleh klik SINI..
Tarikh 28 Disember 2012 Menjadi Tarikh Perkahwinan / Pernikahan Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan Leuniey Natasha
Alhamdulillah, satu lagi 'masjid' yang akan dibina.. Kedua-dua orang Kelantan.. Apex dari Kampung Chenang, Kota Bharu dan Leuniey dari Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.. Untuk dapatkan tarikh-tarikh dan tempat spesifik tentang majlis mereka, boleh klik SINI.. Info lengkap! Astro Ria akan jadi penyiar rasmi.. So peminat Apex, boleh la tengok kat TV nanti..
Sebelum ni terfikir juga samada adakah perkara ni satu gosip memandangkan Apex masih muda lagi kan.. Tapi perkara ni betul-betul real dan alhamdulillah la Allah memberi seru yang awal pada mereka.. At least boleh elak banyak perkara kan.. Kita sebagai orang luar, doakan semoga rumahtangga mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat! InsyaAllah..
p/s : Tahniah juga pada kawan sekolah E'raz dulu iaitu Rumainno Mat (Cikgu) akan berkahwin dengan Nor Sharliana pada 15 Disember 2012, Sabtu.. Tahniah!! Kedua-dua orang Kelantan juga..
EKSKLUSIF! Perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat, Nur Eilunie Natasha Nazri, Disember 2012
Baru terbaca artikel online daripada Media Hiburan tentang berita bahawa penjaga gol popular, Apex akan menamatkan zaman bujang pada bulan Disember 2012 ini dengan Leuniey.. Apex baru-baru ini mengakui hubungannya bersama Leuniey semakin serius, dikatakan tidak akan mengadakan majlis pertunangan sebaliknya akan bernikah terus.. Dua majlis persandingan akan diadakan iaitu satu di Hotel Renaissance Kota Bharu dan satu lagi di Hotel Perdana Beach Resort Kota Bharu..
Betul atau tidak, hanya mereka yang tahu.. Apa-apa pun, kita sebagai sesama umat manusia, mendoakan semoga majlis mereka betul-betul berlaku sebab lagi cepat disatukan secara sah, lagi bagus kan.. Menghalalkan cara.. Cool..
(05 Mei 2012) : Dato' Siti Nurhaliza Menjejak Kaki Di KB Mall, Kelantan Sempena SimplySiti Star Search bersama Mejar David Teo, Khairul Fahmi a.k.a Apex dan Leuniey
Siti Nurhaliza turun sempena Pencarian SimplySiti Star Search.. KB Mall merupakan salah satu tempat Roadshow Ujibakat ni.. Kelantan dipilih maybe sebab Khairul Fahmi dan Leuniey merupakan orang Kelantan.. Dalam masa yang sama, mereka mempromosikan SimplySiti Eau De Parfum.. Ianya bukan sekadar wangian! Yang penting, Dato' CT kita memang manis bertudung litup!
Khairul Fahmi Elak Jadi Artis Walaupun Dapat Tawaran Berlakon
KUALA LUMPUR: Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak mahu menyertai bidang hiburan sama ada sebagai pelakon mahupun pengacara walaupun pelbagai tawaran diterimanya.
Apek,23, berkata, dia tidak berminat untuk mendalami bidang tersebut namun tidak kisah seandainya diberi tawaran untuk menjadi model iklan.
"Saya bukannya artis dan tidak mahu jadi artis tetapi cukuplah sebagai seorang selebriti yang dikenali dalam bidang sukan.
"Lagipun ia bukanlah satu bidang yang saya minati melainkan jika saya diminta menjadi model iklan dan terlibat dengan aktiviti peragaan yang mana kerjanya hanya mengambil masa yang tidak terlalu lama," katanya sambil memberitahu pernah ditawarkan berlakon filem.
Tambah anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini dia tidak mahu gara-gara sibuk dengan kerja-kerja seni, fokusnya terhadap kerjaya sukan pula akan tersasar.
Dalam pada itu, ditanya adakah keengganannya menyertai bidang seni hiburan itu disebabkan dia risau muncul pula pelbagai kontroversi lain seperti yang dilaluinya sebelum ini, Khairul Fahmi mengakui tentang hal itu.
"Saya tak mahu hal peribadi menjadi perhatian yang lebih berbanding kerjaya. Oleh itu biarlah fokus saya terhadap sukan sahaja.
"Dan selebihnya, cara untuk mengelakkan kontroversi ialah saya lebih suka duduk di rumah jika ada masa terluang," ujarnya yang sedang menjalani latihan bagi menghadapi perlawanan Liga Super.
Kontroversi Apek mula tercetus selepas beliau yang juga penjaga gol terbaik Asia itu putus tunang dengan seorang penulis blog, Aimie Harmelia, apabila dikatakan cintanya sudah beralih kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Dahlia Teck.
Tidak lama kemudian, muncul pula satu lagi khabar angin mengatakan Apek mempunyai cinta baru dengan seorang pemilik butik bernama Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey). Namun wanita itu tampil menafikan ada hubungannya dengan Apek.
Terbaru, Apek dan Leuniey muncul menjadi model bagi iklan produk SimplySiti iaitu Eau De Parfum (EDP) yang baru sahaja dilancarkan.
Gabungan Khairul Fahmi, SM Khalis SM Zul, Adam Yahya, Leuniey Natasha Dalam Iklan SimplySiti Eau De Parfum
Siti Nurhaliza Muncul Dengan Produk Baru SimplySiti Eau De Parfum
Siti Nurhaliza (dua dari kiri) pada majlis pelancaran produk baru SimplySiti Eau De Parfum (EDP).
Foto AZLINA ABDULLAH
KUALA LUMPUR: Sempena ulang tahun SimplySiti yang kedua, jenama kecantikan yang diasaskan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin melancarkan satu kategori produk baru iaitu SimplySiti Eau De Parfum (EDP).
Menurut Siti, formulasi EDP iaitu wangian peringkat kualiti tinggi, SimplySiti EDP turut menggabungkan sains dan seni haruman dari Perancis dengan hasil sentuhan pakar wangian terkemuka Perancis iaitu Joelle Lerioux-Patris dari Mane iaitu salah sebuah pengeluar wangian terkemuka di dunia.
"Wangian adalah sebahagian daripada kehidupan manusia terutama setiap wanita yang sememangnya mempunyai fitrah untuk sentiasa kekal cantik, harum dan menarik.
"Ini adalah satu-satunya wangian yang penuh inovasi kerana ia diformulasikan dengan Plant Betaphroline, menjadikan minyak wangi ini satu-satunya wangian yang boleh membantu pemakainya menjadi lebih harum.
"Ia juga berkuasa untuk menghilangkan stres dengan merangsang penghasilan endorphin iaitu hormon gembira dalam kulit kita. Dengan itu, formulasi istimewa ini bukan sekadar wangian biasa kerana ia dapat membantu mengekalkan bentuk tubuh badan dan membangkitkan 'mood'," katanya pada pelancaran SimplySiti Eau De Parfum di Hotel Double Tree, di sini, malam Jumaat.
Siti Nurhaliza menandatangani plak sebagai simbolik perasmian.
Foto AZLINA ABDULLAH
Betaphroline adalah ekstrak dari tumbuhan indigo yang ditemui di kawasan Himalaya yang bertindak sebagai perangsang liposis bertujuan membantu meningkatkan pecahan lemak berlebihan pada tubuh.
Dalam pada itu, SimplySiti EDP terdiri daripada tiga jenis wangian iaitu Pure, Precious dan Memoire. Setiap wangian ini menceritakan personaliti wanita yang berlainan.
Menarik lagi, sempena dengan pelancaran ini, SimplySiti juga turut memperkenalkan konsep berlainan dalam komersil terbarunya dengan memaparkan perspektif lelaki yang menggambarkan siapa wanita idaman mereka.
Antara wajah-wajah lelaki yang bakal muncul dalam komersial produk baru tersebut ialah Penjaga Gol Pasukan Kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, ahli perniagaan muda, SM Khalis SM Zul, Pengarah Ibex Group, Adam Yahya serta Leuniey Natasha, wajah baru di bidang komersial.
Buat para penggemar minyak wangi, harga sebotol SimplySiti Eau De Parfum hanya RM69.90 dan sudahpun berada di pasaran.
Nur Eilunie Natasha Nazri : Leuniey, Model SimplySiti Bersama Khairul Fahmi (Apek)
KOTA BHARU: Suratan atau kebetulan apabila penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan gadis cantik, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey terpilih sebagai model untuk produk kecantikan SimplySiti milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Khairul Fahmi atau Apek dan Leuniey terpilih sebagai model untuk iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ yang ditawarkan dengan tiga jenis haruman iaitu Pure, Memoire dan Precious yang bakal ditayangkan di televisyen pertengahan April ini.
Pengurus Kanan Penjenamaan dan Pemasaran SimplySiti, Amiel Junita Nasir berkata, Khairul Fahmi dipilih sebagai ikon sukan khusus untuk minyak wangi berkenaan dan turut digandingkan dengan SM Zul Khalis SM Zulkifli daripada Naza Italia sebagai ikon usahawan muda dan Adam Yahya, Pengarah Ibex Group sebagai ikon pengurusan korporat.
“Ketiga-tiga mereka digandingkan bersama untuk tiga jenis minyak wangi SimplySity. Minyak wangi itu untuk wanita, tetapi kita tampilkan ikon lelaki untuk buat sesuatu kelainan,” katanya.