Showing posts with label Emma Ma’embong. Show all posts
Showing posts with label Emma Ma’embong. Show all posts

Sunday, 17 November 2013

Syarul Ridzwan, Pelakon Drama SweetHeart Fantasia

Syarul Ridzwan, Pelakon Drama SweetHeart Fantasia

Syarul Ridzwan, Pelakon Drama SweetHeart Fantasia | Asssalamualaikum w.b.t.. Siapa-siapa yang tengok drama Love You Mr. Arrogant, mesti kenal mamat ni.. Syarul ni memegang watak sebagai lelaki psiko bernama Faisal yang gilakan Zaara tu.. Dalam pada tu, Eraz perasan dia ada berlakon dalam Maskara di TV1, Kisah Cinta di TV3 dan lain-lain yang tak dapat dikesan..

Lagi info, Syahrul Ridzwan ni salah seorang finalis Hero Remaja bersama Fattah Amin, hero drama Playboy Itu Suami Aku.. Terbaru Syarul Ridzwan muncul sebagai Hero untuk drama Online, SweetHeart Fantasia.. Lakonan bersama Emma Maembong.. Drama ni takde di TV.. Hanya di Tonton.. Itulah serba sedikit yang boleh Eraz share.. Wassalam..

#Untuk bioada dan profile Syarul Ridzwan, boleh klik entri INI..

Read more ...

Saturday, 16 February 2013

Emma Maembong Risaukan Adiknya, Cha Cha Maembong

Emma Maembong Risaukan Adiknya, Cha Cha Maembong

Emma Maembong

Emma Maembong risaukan adiknya, pelakon Cha Cha Maembong.. Bila kita baca tajuk berita macam tajuk entri ni dan pula berita ini muncul di Mutahir Utusan Malaysia, ingatkan berita yang serius.. Tapi bila baca penuh berita tu, tiada ada pun sebenarnya.. Emma hanya menyuarakan kerisauan terhadap Cha Cha yang mula mencipta nama melalui drama Setia Hujung Nyawa..

"Saya bukan iri hati, sebagai kakak saya cuma risau keadaannya, ialah sebagai anak bongsu dia memang sedikit manja.. Dia sangat berbakat, saya sendiri tidak percaya pada mulanya.. Kalau boleh impian saya adalah untuk berlakon bersamanya dalam sebuah drama bersama.." - Emma Maembong bangga mempunyai adik yang berbakat besar..

- UTUSAN

#Niat asal entri ini adalah kerana isu tajuk memainkan peranan penting..!

Read more ...

Thursday, 20 December 2012

Episod Akhir Drama Cinta Itu Milikku TV3

Jalan Cerita Sinopsis Episod Akhir Drama Cinta Itu Milikku TV3

Episod Akhir Drama Cinta Itu Milikku TV3

Seriusnya, E'raz tak tahu pun hari ni merupakan episod akhir drama Cinta Itu Milikku.. Sejak seminggu dua ni, memang E'raz follow drama ni.. Tapi tak selalu tengok penuh 1 jam la.. Lakonan Ana Dahlia sebagai Dini, merupakan salah satu watak yang betul-betul menjadi.. Selaiu tu, lakonan Putri Balqis Azizi sebagai Zara pun ok cuma kadang-kadang mungkin pembawakan watak Zara tu nampak lebih dewasa.. Emma Maembong pun ok.. Alahai.. Duk komen sal pelakon la pulak kan..

Apa yang korang perlu tahu, ending drama ni memang tak di sangka-sangka.. Karl Shafek dah hintkan di twitternya semalam pasal ending drama Cinta Itu Milikku ni semalam.. Dini last-last sekali mati kena bunuh oleh Dr. Shafik.. Dr. Pokok a.k.a Dr. Irfan pulak kena tangkap polis sebab kes last dia menculik.. Zafril dan Rania dua-dua mati dilanggar Dr. Irfan.. Pelik nya kat sini, kenapa Dr. Irfan tak masuk penjara atau rumah sakit jiwa.. Isk3.. Lastly, pengarah memaparkan perubahan watak Zara.. Rasanya Zara dah jadi psiko kot atas semua yang berlaku.. Atau pun Zara yang punca segalanya?? Tak mungkin kan.. 

Apa-apa pun, pendapat tentang episod akhir drama Cinta Itu Milikku milik korang semua.. Sah-sah la korang ada pendapat masing-masing kan.. Rasanya memang tak jangka kot.. So! Apa pendapat korang??

Read more ...

Sunday, 23 September 2012

Emma Ma’embong ; Pelakon Drama Kau Yang Terindah

Emma Ma’embong ; Pelakon Drama Kau Yang Terindah Watak Munirah

Kalau korang menonton drama Kau Yang Terindah mesti perasan watak Munirah yang dilakonkan oleh Emma Ma’embong.. Emma sekarang berusia 20 tahun dan dia juga merupakan seorang pelukis dan model.. Ikut google, nama sebenar Emma ialah Fatimah Rohani binti Ismail.. Kredit gambar Emma ini kepada Saudara Hasrul Hassan..




Read more ...