Thursday 20 December 2012

Episod Akhir Drama Cinta Itu Milikku TV3

Jalan Cerita Sinopsis Episod Akhir Drama Cinta Itu Milikku TV3

Episod Akhir Drama Cinta Itu Milikku TV3

Seriusnya, E'raz tak tahu pun hari ni merupakan episod akhir drama Cinta Itu Milikku.. Sejak seminggu dua ni, memang E'raz follow drama ni.. Tapi tak selalu tengok penuh 1 jam la.. Lakonan Ana Dahlia sebagai Dini, merupakan salah satu watak yang betul-betul menjadi.. Selaiu tu, lakonan Putri Balqis Azizi sebagai Zara pun ok cuma kadang-kadang mungkin pembawakan watak Zara tu nampak lebih dewasa.. Emma Maembong pun ok.. Alahai.. Duk komen sal pelakon la pulak kan..

Apa yang korang perlu tahu, ending drama ni memang tak di sangka-sangka.. Karl Shafek dah hintkan di twitternya semalam pasal ending drama Cinta Itu Milikku ni semalam.. Dini last-last sekali mati kena bunuh oleh Dr. Shafik.. Dr. Pokok a.k.a Dr. Irfan pulak kena tangkap polis sebab kes last dia menculik.. Zafril dan Rania dua-dua mati dilanggar Dr. Irfan.. Pelik nya kat sini, kenapa Dr. Irfan tak masuk penjara atau rumah sakit jiwa.. Isk3.. Lastly, pengarah memaparkan perubahan watak Zara.. Rasanya Zara dah jadi psiko kot atas semua yang berlaku.. Atau pun Zara yang punca segalanya?? Tak mungkin kan.. 

Apa-apa pun, pendapat tentang episod akhir drama Cinta Itu Milikku milik korang semua.. Sah-sah la korang ada pendapat masing-masing kan.. Rasanya memang tak jangka kot.. So! Apa pendapat korang??

12 comments:

  1. ha'a macam nampak sangat kalau semua orang mati maknanya semua harta milik dato' tuh zara punya. iskisksik

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak macam seolah-olah ianya permainan daripada Zara..

      Delete
  2. latelky pun asyik ikuti drama ni je. tup tup dah habis. apa apa pun drama ni ada penarikan dia tersendiri. ha'aa kan, pelik juga pasal zara tu...

    ReplyDelete
  3. Memang pelik, macam mana Dr. Shafik boleh bebas. Rasanya Zara kot punca segalanya. Sebab Zara pangkah muka yang dah mati, then dia bulatkan muka Farah pulak. Target baru dia! :)

    ReplyDelete
  4. emmm tak layan citer ni. hu hu hu

    ReplyDelete
  5. gila pysco kot cite tuh...
    zara psyco sbb dia belajar dr fmly tu jgk kot hoho

    ReplyDelete
  6. dah lama tak tengok.. macam best je endingnya. hehehe.

    ReplyDelete
  7. remy tak pernah tengok...hu3.......busy sangat ker remy nie????

    ReplyDelete
  8. nampak macam endingnya kelam kabut dan tak terancang. entah pengarah demam kot, org len ganti hehehehe.
    okla kalau nak wat ending gtu tp perlula rancang elok2. serius citer ni goyah kat endingnya. memmag x patut.
    papepon,.... saya nak mesej kpda wanita2 smua... sebgai wanita... yg penting kita terus cun dan wok walau apapun citernya. nak wat rawatan spa kat rumah? Jom tgok kat blog saya bgmana buat rawatan sndiri selama sepuluh minit dan dua kali smggu, anda boleh jadi awet muda dan cantik sampai ke tua!

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.