Saturday 15 December 2012

Selamat Pengantin Baru Untuk Rumainno Mat & Noor Sharliana

Walimatul Urus Rumainno Mat & Noor Sharliana


Alhamdulillah seorang lagi kawan E'raz telah selamat diijabkabulkan.. Tahniah kepada Cikgu Rumainno Mat & Noor Sharliana.. Majlis rumah perempuan pada hari Khamis lepas di Lati, Pasir Mas manakala rumah kawan E'raz, pada hari ni di Kampung Pangkal Berangan, Machang.. Kami doakan selamat berbahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat..

Paling penting, E'raz nak minta maaf banyak-banyak pada kedua-dua pengantin baru ni sebab memang tak boleh nak hadir majlis mereka sebab kerja.. Arrgghhhhh.. E'raz terpaksa menjadi KETUA PENGAWAS untuk peperiksaan akhir yang sedang berlangsung sekarang.. Takde orang lain yang dapat menggantikan tempat sekarang.. Sorry sangat-sangat..

Insyaallah, ada peluang kacau pengantin baru nanti, kita lepak sekejap.. Orait bro.. Tahniah sekali lagi.. Selain plan untuk ke majlis meraikan mereka, niatnya nak la berjumpa kawan-kawan lain.. Fuh! Jom layan lagu Selamat Pengantin Baru!


4 comments:

  1. Tahniah pada Rumainno Mat dan pasangannya...kawan sekampung ni..Semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat...AMIN

    ReplyDelete
  2. tahniah...selamat pengantin baru buat mempelai.....

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat pengantin baru.
    Semoga menjadi keluarga yang sakinah mawaddah warahmah aamiin..aamiin

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.