Sunday 1 May 2016

Tonton Anugerah Pilihan Online 2016

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni berlangsungnya Anugerah Pilihan Online anjuran mStar Online bersama Suria FM.. Juga penaja yang lain.. Rasa macam dah lama tak tengok TV2, tapi malam ni, alhamdulillah, kembali ke TV2 khas untuk menonton Anugerah Pilihan Online yang disiarkan siaran langsung ni.. Kenapa?


Pertamanya semestinya sebab salah satu kategorinya ialah Blogger Pilihan Online.. Kalau ditengokkan kepada calon Top 5 nya, dua antara mereka adalah kawan Eraz.. Seorang founder KBBA dan seorang lain kawan seKBBA.. Pernah berjumpa dengan mereka sebelum ni dan semestinya mengharapkan kemenanangan akan berpilih kepada salah seorang daripada mereka kan.. Meraka ialah Ben Ashaari dan Uzu (Emas Putih)..

Tapi rezeki belum memihak kepada mereka kerana nampaknya rezeki kali ini adalah milik Siakap Keli.. Takpe kawan, tahun depan boleh cuba lagi.. Anugerah seperti ini untuk blogger memang tak de.. Tapi Anugerah Pilihan Online ini akan menjadi satu platform supaya lagi ramai blogger bekerja keras untuk mendapatkan pengikirafan seperti ini.. Mana tahu lepas ni ada kategori blogger dalam Anugerah Bintang Popular kan.. Tahniah juga kepada Jihan Muse sebab memang kategori Selebriti Komedi Online APO2016..

#Berangan nak masuk Top 5 jugak la.. Haha..

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.