Friday 4 May 2012

Pelakon Filem Hoore! Hoore!, Farah Nazirah, Pelajar Seni Reka Grafik

Pelakon Filem Hoore! Hoore!, Nurfarah Nazirah Mohd. Sokri

Mesti ramai yang belum kenal pelakon ni kecuali member satu kuliah atau satu universiti dengan dia.. Hehe.. Farah Nazirah merupakan salah seorang pelakon filem Hoore! Hoore! bersama Akim AF7, Adibah Nor, Harun Salim Bachik, Fauziah Nawi yang akan ditayangkan pada 24 Mei ini.

Sinopsis filem ini lebih kurang tentang gadis gemuk, Nurl Iman yang sanggup berbuat apa sahaja untuk memenangi hati kekasihnya, Akim.


Farah mempunyai pengalaman digelar gemuk ketika di sekolah menengah tetapi itu tidak sedikitpun buat dia rasa rendah diri. Bagus! Positif tu sangat penting dalam kehidupan kita.. Masa berlakon filem ni, Farah mempunyai berat badan 63 kg.. Tapi sekarang selesa dengan 53 kg. Jom baca apa kata dia untuk kuruskan badan..

"Saya mula berdiet sejak bulan puasa tahun lepas. Sebenarnya, ibu Fauziah Nawi juga nasihatkan saya supaya berdiet. Katanya kalau nak jadi pelakon yang ada variasi watak, saya kena turunkan berat badan. Saya ambil diet yang keras, hanya minum susu dan tiga biji kurma masa bersahur dan hanya makan sedikit martabak masa berbuka. Dua minggu saya buat, bila dah turun saya cuma makan macam biasa tapi masih elak daripada makan nasi,"..

So, kita tunggu je la kemunculan Farah bersama Akim untuk filem ni.. Dan dia akan menyanyi dengan Akim lagu Bercanda di Pasiran Pantai.. Itu mungkin salah satu lagu nya.. Filem penghargaan terhadap Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad akan muncul pada 24 Mei 2012 ini..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. iPhone 4S
2. DiGi WWWOW Internet For All Awards 2012!


Entri menarik yang perlu korang terjah :

6 comments:

  1. tak berlakon pun kena diet jg haha

    ReplyDelete
  2. bukan ijazah seni reka..tapi diploma..

    ReplyDelete
  3. bukan ijazah seni reka..tapi diploma..

    ReplyDelete
  4. Bukan ijazah seni reka tapi diploma..

    ReplyDelete
  5. Bukan ijazah seni reka tapi diploma..

    ReplyDelete
  6. Tapi i lagi suka msa dia chubby sebab cute.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.