Saturday 19 May 2012

TERKINI 19 MEI 2012 : Ragutan Maut ! Ibu Maut, Terpelanting Dari Motosikal

TERKINI 19 MEI 2012 : Ragutan Maut ! Ibu Maut, Terpelanting Dari Motosikal

Lagi berlaku kes Peragut mengakibatkan orang di ragut meninggal.. Kenapa la blh berlaku semuanya.. Dalam banyak-banyak kerja yang ada di Malaysia ni, kerja meragut jugak la menjadi pilihan.. Bermula mendapat dosa dengan meragut, ditambah lagi dengan membunuh orang.. Fikir-fikirkan..


SAKIT...Kum menunjukkan sikunya yang cedera dalam kejadian.

KUALA LUMPUR: “Lelaki itu tiada hati perut dan dia pembunuh,” kata Kum Kook Soon, 39, yang kehilangan ibu tersayang selepas wanita itu maut akibat cedera parah di kepala selepas terjatuh motosikal angkara kerakusan seorang peragut di Jalan Chow Sow Lin, di sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku ketika Kum yang menunggang motosikal manakala ibunya, Chiew Kan Seng, 66, membonceng dalam perjalanan dari rumah mereka di Alam Damai, Cheras ke Pasar Imbi untuk berniaga yong tau fu.

Kum berkata, bukan setiap hari ibunya mengikutnya berniaga, tetapi semalam wanita itu menyatakan hasrat ingin menemaninya sebelum mereka berdua keluar rumah jam 6 pagi.

Menurutnya, ketika mereka menghampiri bulatan di Jalan Chan Sow Lin, muncul sebuah motosikal Honda EX5 ditunggangi seorang lelaki yang kemudian cuba merampas beg tangan ibunya yang diletakkan di tengah tempat duduk.

“Peragut itu nekad untuk mengambil beg tangan ibu, namun ibu cuba menghalang dengan menarik dengan kuat tali begnya.

“Tindakan ibu menyebabkan lelaki terbabit melepaskan semula beg secara kasar menyebabkan motosikal kami hilang kawalan dan terjatuh,” katanya - HARIAN METRO

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.