Sunday 13 May 2012

Piala FA : Kelantan Isytihar Ahad (20 Mei 2012) Cuti


KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan Ahad ini cuti tidak kira pasukannya menang atau kalah pada perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini. Kelantan akan bertemu Sime Darby di final.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, keputusan memberi cuti tersebut diambil bagi memberi keselasaan kepada penyokong The Red Warriors yang akan ke Bukit Jalil hujung minggu ini.

"Menteri Besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) bersetuju memberikan cuti khas ini bagi memastikan penyokong Kelantan dapat pergi dan pulang dengan selamat," kata beliau pada sidang media mengenai pengumuman tersebut di Kompleks Kota Darul Naim hari ini. - SINAR HARIAN

Published with Blogger-droid v2.0.4


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Sony Internet TV
Entri menarik yang perlu korang terjah :

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.