Wednesday 9 May 2012

Filem Hoore! Hoore! Lakonan Akim, Farah Nazirah Dan Lagu Tema Dari Azlan The Typerwriter : Idola

Filem Hoore! Hoore! Lakonan Akim, Farah Nazirah Dan Lagu Tema Dari Azlan The Typerwriter : Idola 

Poster Filem Hoore! Hoore!

Pelakon Utama (Wanita) : Farah Nazirah

Kalau korang ingat, sebelum ni aku pernah postkan satu entri bertajuk Pelakon Filem Hoore! Hoore!, Farah Nazirah, Pelajar Ijazah Seni Reka Grafik.. Boleh klik tajuk entri berkenaan untuk baca semula.. Entri tu lebih kepada memperkenalkan pelakon wanita utamanya.. So hari ni, lebih kepada filem lak..

Filem Hoore! Hoore! ni terbitan Astro Shaw Sdn Bhd yang akan ditayangkan pada 24 Mei 2012.. Ianya juga sempena mengenang kembali pemergian penghibur sensasi tanah air, Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Sempena pelancaran filem tersebut, saksikan tayangan video lagu-lagu dari filem tersebut yang antaranya adalah lagu-lagu popular dari Allahyarham sendiri selain sebuah lagu baru nyanyian Azlan The Typerwriter bertajuk Idola.

Azlan The Typerwriter : Idola

Selain Idola, lagu lain yang turut dinyanyikan untuk filem ini ialah Hoore Hoore nyanyian secara beramai-ramai, Merisik Khabar nyanyian Akim dan Farah Nazirah serta Salam Terakhir yang dinyanyikan Adibah Noor, Harun Salim Bachik, Fauziah Nawi & Farah Nazirah.


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Yuna
2. DiGi

Entri menarik yang perlu korang terjah :

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.