Wednesday 16 May 2012

Seramai 24,053 Guru Ijazah, Diploma Akan Diperimbang Kenaikan Pangkat Mulai 1 Jun hingga 31 Disember 2012

Seramai 24,053 Guru Ijazah, Diploma Akan Diperimbang Kenaikan Pangkat Mulai 1 Jun hingga 31 Disember 2012 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Bertuah sungguh Guru-Guru di Malaysia ni.. Ini satu berita baik untuk mereka.. Bila la nak naik pangkat jugak nih.. Terbaca berita ni masa tengah layan tengok #Fasha Sandha dan #Fahrin Ahmad dalam #Seindah Sakura di #TV3.. Jarang-jarang sempat layan.. Tak faham sangat dah jalan cerita.. Balik pada cerita asal.. Jom baca artikel guru tadi.. DI BAWAH : 


KUALA KANGSAR : Seramai 24,053 guru yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, mulai 1 Jun hingga 31 Disember ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, kumpulan itu merangkumi seramai 8,222 guru lepasan Ijazah dan15,831 lepasan Diploma.

"Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Guru ke-41 di sini, Rabu.

Beliau berkata, selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah baik Skim Perkhidmatan Pendidikan, peruntukan minimum kenaikan pangkat secara 'time-based' berasaskan kecemerlangan dikekalkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lepas.

Katanya, melalui skim itu, bagi guru lepasan Ijazah gred DG41, hanya lapan tahundiperlukan untuk kenaikan ke gred DG44, lapan tahun untuk gred DG44 ke DG48, enam tahun untuk gred DG48 ke DG52 dan hanya tiga tahun untuk gred DG52 ke DG54.

Muhyiddin berkata, bagi guru lepasan Diploma gred DGA29, hanya lapan tahundiperlukan untuk naik ke gred DGA32, lapan tahun untuk gred DGA32 ke DGA34 dan hanya lima tahun untuk gred DGA34 ke DGA38.

Beliau berkata, lanjutan pengumuman Perdana Menteri itu, seramai 390 guru telah dinaikkan ke gred DG54, DG52 (676), DG48 (3,938) dan DG44 (19,805).

Katanya, bagi guru bukan siswazah pula, seramai 399 orang dinaikkan ke gred DGA38, DGA34 (2,639) dan DGA32 (9,519).

Beliau berkata, proses kenaikan pangkat Pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan Penolong Kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh kementerian.

"Setakat ini seramai 854 Pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 dan 4,270 Penolong kanan dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48," katanya.

Muhyiddin berkata, kenaikan pangkat itu melibatkan Pengetua dan Penolong Kanan yang merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Dis 2011 dan yang memangku jawatan sebelum atau 31 Dis 2010. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat ialah 1 Januari 2012.

Katanya, seramai 430 baki penyandang jawatan Pengetua gred DG48 ke gred DG52dan seramai 2,655 baki penyandang jawatan Penolong Kanan Gred DG44 ke Gred DG48 akan diperakukan secara berperingkat mulai Jun 2012 setelah calon-calon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

"Bagi melaksanakan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kerajaan telah memperuntukkan RM934 juta, iaitu satu jumlah yang membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata kementerian komited mencapai sasaran 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah di sekolah menengah menjelang tahun 2015.

Katanya, sehingga kini program pensiswazahan guru berjalan lancar dengan 69.6 peratus daripada 66,124 guru yang disasarkan telah menerima tawaran mengikutipengajian di institusi pengajian tinggi. - BERNAMA MUN ZAZ NBA ROS - Mstar Online

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

1 comment:

  1. Bertuah betul semua penjawat awam...hehhehhe
    Selamat Hari Guru!!

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.