Thursday 10 May 2012

TERKINI : Seorang Maut, Sembilan Cedera Dalam Kebakaran Loji Pemprosesan Gas (GPP) Di Dungun Dalam kawasan Kompleks A Milik Petronas

TERKINI : Seorang Maut, Sembilan Cedera Dalam Kebakaran Loji Pemprosesan Gas (GPP) Di Dungun Dalam kawasan Kompleks A Milik Petronas

Mohd Zamri yang mengalami kecederaan parah, dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut dari Hospital Dungun pada Khamis. - foto BERNAMA

DUNGUN: Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di sini, Khamis.

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB).

Menurut kenyataan itu, jenazah Rosli yang berasal dari Kuala Terengganu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Seorang lagi pekerja Mohd Zamri Fithri Mat Nor, 25 berasal daripada Padang Pulut di sini yang mengalami kecederaan parah dengan 90 peratus bahagian badannya melecur, dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Lapan lagi pekerja yang cedera dirawat di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.

Menurut PGB, kesemua mangsa merupakan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 3.30 petang dan PGB telah mengambil langkah sewajarnya untuk membantu mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan. - BERNAMA

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

4 comments:

  1. awk x ltak sy dalam bloglist june lagi ek..(ingatkan)huhu


    http://pz2504.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. done puteri.. sorry k.. mgkn puteri lupe reply terima tawaran kt entri berkenaan atau reply kt chatbox.. eraz tak perasan.. dah d masuk kan k.. ;)

    ReplyDelete
  3. risau je bila bca berita mcm ni..sbb my hubby pon keje mcm ni..engineer naik trun offshore kat pelantar

    ReplyDelete
  4. innalillah.. dkat je ngn kwsan sy blajar..
    semoga tkde la lg kejadian yg x diingini berlaku..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.