Sunday 13 May 2012

TERKINI 13 MEI 2012 | Abang Kahwin Adik Sendiri

TERKINI 13 MEI 2012 | Abang Kahwin Adik Sendiri

TERKINI DARIPADA METRO YANG BOLEH DIKONGSIKAN DENGAN BLOGGER YANG SINGGAH DI BLOG NI.. 


ULU BARAM: Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasuk anak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.

Siasatan dan tinjauan Metro Ahad mendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.

Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.

Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.

Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik. -HARIAN METRO

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Sony Internet TV
Entri menarik yang perlu korang terjah :

4 comments:

  1. bukan islam tak pandang satu kesalahan mengahwini ahli keluarga sendiri . urmm

    ReplyDelete
  2. masih tak caya lagi ngan berita ni.kena dengar dari diorang kot baru percaya sebab ade yg kata ni semua fitnah.ntah la.mana satu yg btol pun tak tahu..

    ReplyDelete
  3. terkini 13 mei 2102 ke 2012?..hahaha

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.