Tuesday 22 May 2012

TERKINI : Michelle Yeoh Kini Bergelar 'Datuk Seri'

Michelle Yeoh Kini Bergelar Datuk Seri

Gelaran Datuk Seri (Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP)) yang diterima Michelle Yeoh dikurniakan hari ini..


KUALA KANGSAR 22 Mei - "Ini merupakan satu kebanggaan dan penghormatan kepada saya dan keluarga".

Itulah reaksi pelakon terkenal Hollywood kelahiran Ipoh, Datuk Seri Michelle Yeoh Choo Keng mengenai Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) membawa gelaran Datuk Seri yang diterimanya hari ini.

Michelle yang ditemani ibunya, Datin Janet Yeoh dan kakak iparnya, Fong Mei Yun berkata, penganugerahan darjah kebesaran itu mendorong beliau untuk terus gigih dalam bidang lakonan.

Menurutnya, beliau terkejut apabila mendapat tahu menerima anugerah tersebut dan terus menaiki penerbangan dari Bangkok, Thailand untuk menghadiri upacara penganugerahan pingat hari ini.

"Saya sedang menjalani penggambaran di Bangkok semasa mendapat panggilan telefon daripada ibu yang memberitahu saya mendapat pingat Datuk Seri. Ibu minta saya pulang hari ini untuk menerima anugerah tersebut," katanya. - UTUSAN

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.